Sunday, August 27, 2017

TUTORIAL - Daftar ASB Online Melalui Website MyASNB (Tutorial Bergambar)

Daftar ASB Online melalui MyASNB semudad a,b,c...

Untuk pengetahuan anda semua, mulai 28 Jun 2017 yang lepas urusan berkaitan ASB tidak lagi menggunakan buku simpanan tetapi boleh menggunakan perkhidmatan secara online atau di kaunter cawangan ASB atau ejen ASNB.



Cara daftar ASB online melalui MyASNB?


Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah pergi ke cawangan ASNB yg berdekatan atau ke ejen ASNB seperti Maybank.

Minta orang kaunter Borang Kemaskini Maklumat Pemegang Unit (borang kemaskini ASB).

Borang tu berbentuk macam di bawah ni.

Perkara wajib yang anda kena kemaskini ialah :

  • Nombor Telefon Bimbit, untuk mendapat TAC semasa proses online nanti. 
*note : Kemaskini di cawangan @ agen ASB adalah untuk daftar no. telefon untuk dapatkan kod TAC yang akan digunakan semasa daftar online.

Dah selesai isi borang, ambil nombor giliran dan duduk tunggu sekejap.
Tak lama pun proses, dalam 5 minit sahaja.

Seterusnya anda boleh layari website https://www.myasnb.com.my/.

*Cara daftar:
First buka website https://www.myasnb.com.my/  .., klik Daftar Disini.

*seterusnya ikut step bawah ni:





Sila isi maklumat Produk ASNB yang dilanggani oleh anda.


Langkah seterusnya boleh isi semua maklumat dengan lengkap.
Nanti masukkan nombor telefon seperti yg anda dah daftar di cawangan ASNB atau ejen.
Dah nanti akan dapat kod TAC.


Bila dah selesai semua, anda akan dapat kata laluan sementara seperti dibawah.
Memang kata laluan dia agak pelik.
Nak selamat, ambil gambar/screenshot kata laluan ni.



Boleh kemaskini kata laluan yang anda mahukan.
Dan kata laluan semntara tadi perlu dimasukkan juga.


Dan akhirnya siap daftar online!
Kini anda boleh cek baki di dalam akaun.


Sekarang dah boleh log in ! Jom bukak akaun kita secara online.



Macamnilah rupa portal kita.







*sumber (credit) - https://hujanrimba.wordpress.com/2017/08/01/daftar-asb-online-melalui-asnb/

No comments:

Post a Comment