Trick hari ini ialah cara bagaimana untuk mengesan dan membunyikan nada dering telefon anda walaupun telefon dalam keadaan senyap.
Trick ini hanya untuk pengguna ANDROID sahaja. Ini kerana cara mengesan telefon ini memerlukan email GMAIL yang anda log masuk pada telefon anda.
*TRICK ini bukan sahaja boleh mengesan kedudukan telefon anda, ia juga boleh LOCK dan bunyikan nada dering telefon anda walaupun telefon dimatikan atau nada dering ditutup.
Caranya ialah :
|
1 - buka browser pilih carian google. pada carian google anda type "track my device" atau "detect my phone" |
|
2 - hasil carian akan keluar senarai ini, anda pilih "Find your phone - My Account - Google" seperti anak panah tunjuk.. |
|
3 - Anda perlu log masuk menggunakan id (email) yang sama anda guna pada telefon anda. |
|
4 - Setelah log masuk, anda akan diberikan senarai alat komunikasi anda (telefon/tablet). pilih alat komunikasi anda dengan klik pada nya. *Contoh saya punya ialah telefon Xiaomi Redmi Note 3 |
|
5 - setelah memilih device anda, anda akan diberikan pilihan untuk mengawal telefon anda cara jarak jauh (online). antara pilihannya ialah bunyikan nada dering (ring) , kesan lokasi (locate) , kunci telefon anda (lock) dan pelbagai lagi pilihan. |
*AMARAN : SEKIRANYA ANDA PILIH BUNYIKAN NADA DERING (RING), TELEFON ANDA AKAN BERBUNYI SELAMA 5MINIT TANPA HENTI..!!! YA TANPA HENTI..!! TEKAN APE PUN BUNYI TAK BERHENTI..!!
|
6 - ini contoh kesan lokasi telefon |
|
7 - saya cuba kesan telefon saya sendiri |
|
8 - ternyata ianya tepat..!!! |
|
*Anda boleh pinjam phon anak, kawan, saudara untuk buat step ni hanya perlu buka browser dan cari di carian google..tidak wajib buka pc.. huhuhuhuhuuu.. |
*NOTE :
- CARA INI HANYA UNTUK PENGGUNA ANDROID
- PERLU TAHU ALAMAT EMAIL DAN PASSWORD
- PERLU SAMBUNGAN INTERNET @ DATA
*selamat mencuba...!!!
*credit to - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10212887508558019&id=1099005888
No comments:
Post a Comment