Wednesday, August 2, 2017

JAWATAN KOSONG KERAJAAN - POLIS DIRQJA MALAYSIA (PDRM)


Jawatan Kosong Terkini Polis Diraja Malaysia (PDRM).




Warganegara Malaysia yang berminat membuat Permohonan Jawatan Kosong Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh mengemukakan permohonan secara online melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Untuk makluman anda, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan ambilan terbuka pengisian anggota lelaki dan wanita bagi memenuhi kekosongan jawatan PDRM sepanjang tahun.

Jawatan kosong yang ditawarkan oleh PDRM seperti berikut :

1. Kadet Inspektor (Lelaki/Wanita)
2. Sarjan (Lelaki/Wanita)
3. Konstabel (Lelaki/Wanita)
4. Konstabel sokongan (Lelaki/Wanita)

Syarat Permohonan:

Mulai 20 Mac 2012, kesemua permohonan bagi pengisian jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) perlulah dibuat secara online melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ~ spa

http://www.spa.gov.my/

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun bagi permohonan menggunakan kelulusan PMR/SPM/STPM/Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana dan tidak melebihi daripada 35 tahun bagi permohonan menggunakan kelulusan PHD pada tarikh pendaftaran. Sila rujuk pautan : Skim Perkhidmatan PDRM.

Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui pautan di bawah. Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Tarikh Tutup Permohonan PDRM:

Permohonan yang telah lengkap di isi perlulah di terima sebelum tarikh tutup di bawah. Pastikan anda tidak terlepas.

Terbuka 2017 / 2018
Lokasi Penempatan PDRM:

Pemohonan yang berjaya akan berkhidmat di lokasi berikut:

Johor, Kedah, Kelantan, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu


Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut dan membuat permohonan secara online.



http://www.spa.gov.my/web/guest/home



sumber dari fb PDRM - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=210095542854521&id=100581180472625n

No comments:

Post a Comment