Maklumat mengenai negeri terengganu, pekerjaan, rakyat, lokasi perlancongan, makanan, pantai dan pelbagai..
Wednesday, August 16, 2017
INFO - TRANSAKSI TOL 100% ELEKTRONIK AKAN BERMULA OGOS TAHUN INI
TRANSAKSI TOL 100% ELEKTRONIK
Sistem kutipan tol tanpa bayaran tunai (cashless) di semua lorong dan bagi semua kelas kenderaan dengan menggunakan kad pintar Touch ‘n Go, kad PLUSMiles atau Smart Tag akan dilaksanakan di semua plaza tol LPT2 mulai 14 Ogos 2017 bermula pada pukul 12.00 tengahari. Plaza-plaza yang terlibat adalah ke semua 10 buah Tol Plaza di LPT2 seperti berikut:
Plaza Tol AjilPlaza Tol Bukit BesiPlaza Tol ChenehPlaza Tol CukaiPlaza Tol DungunPlaza Tol Kuala TerengganuPlaza Tol KertehPlaza Tol KijalPlaza Tol PakaPlaza Tol Telemung
Perlaksanaan transaksi tol 100% elektronik ini adalah bertujuan untuk mempercepatkan perjalanan pengguna lebuhraya di plaza tol LPT2 di mana pengguna tidak perlu menggunakan wang tunai untuk membayar tol
Kad PLUSMiles boleh didapati di mana-mana Plaza Tol LPT2 dengan harga RM10.60 (termasuk 6% GST) tanpa nilai di dalam kad.
Periksa baki kad PLUSMiles atau Touch ‘n Go dan pastikan ianya mencukupi untuk memastikan kelancaran perjalanan.
Kesemua 10 Lorong Tambah Nilai di Plaza Tol LPT2 dibuka setiap hari pada jam 7 pagi hingga 10 malam (termasuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum) kepada orang ramai untuk menambah nilai kad PLUSMiles atau Touch ‘n Go
Lorong Tambah Nilai adalah lorong paling kiri di semua Plaza Tol masuk LPT2
LPT2 SDN BHD
09-681 2154 main1800 88 0220 toll free
FOLLOW US:
facebooktwitter
LPT2 Copyright 2016. All rights reserved
No comments:
Post a Comment