Zlatan Sedia Bersama United Dalam Masa 24 Jam
ZLATAN Ibrahimovic bersedia untuk kembali ke Manchester United dalam masa 24 jam.
Penyerang itu kini tidak terikat dengan mana-mana kontrak berikutan pelepasannya dari United musim panas ini.
Kecederaan lutut serius pemain berusia 35 tahun itu pada April lalu menyaksikan United memilih untuk tidak melanjutkan kontraknya.
Walau bagaimanapun, Ibrahimovic telah menunjukkan peningkatan kecergasan dalam masa yang singkat.
Dan, Jose Mourinho telah mendedahkan bahawa kelab itu sedang berbincang mengenai penampilan semula pemain itu musim ini.
Menurut The Sun, Ibrahimovic dijangka kembali ke pusat latihan Carrington seawal esok.
Pakar bedah Amerika minggu lepas mengarahkan pemain dari Sweden itu supaya bertenang kerana dia kelihatan tergesa-gesa untuk pulih dari kecederaan.
Tetapi Ibrahimovic tetap berusaha dengan jangkaan dapat membuat kemunculan semula dalam masa terdekat.
Ibrahimovic telah menjalani proses pemulihannya bersama United menjelang perjanjian baru yang dijangka dimeterai dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Sumber United memberitahu The Sun: "Zlatan akan meneruskan rawatan pemulihan lututnya yang cedera dalam masa yang amat singkat.
"Dia telah diberitahu untuk lebih tenang, tetapi itu bukan apa yang dia suka, dia mempunyai keazaman tinggi.
"Semua orang gembira dengan kemajuannya, tetapi dalam masa yang sama mahu dia menyeimbangkan antara rehat dan pemulihan.
"Dia pasti akan kembali ke kelab itu dengan kontrak, dan mereka mahu dia cergas sepenuhnya dan bersedia untuk bermain."
Pengganti Ibrahimovic, Romelu Lukaku menjaringkan dua gol untuk United dalam kemenangan 4-0 ke atas West Ham pada perlawanan pembukaan Liga Perdana Ahad.
Tetapi Mourinho amat mengalu-alukan penyerang berpengalaman itu untuk kembali pada Januari jika ia tidak mustahil. -dailystarUK
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2017/08/15/zlatan-sertai-united-24-jam/#jWbTuit0mytTfJoI.99
No comments:
Post a Comment