PESTA ICT & KOMPUTER @ TERENGGANU TRADE CENTRE ( TTC )
East Coast I.T Fair akan datang ke Kuala Terengganu, pada 3-5 Ogos 2017 bertempat di Terengganu Trade Centre(TTC) bermula pada pukul10AM ~ 10.30PM selama 3 hari berturut-turut..
Jangan lupa kunjungi kami di East Coast I.T Fair Terengganu dan nikmatilah promosi dan diskaun hebat bagi produk IT.
sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1932504667033082&substory_index=0&id=1712681085682109
*Sedikit informasi untuk dikongsi...
Tips membeli belah di PC Fair
Minggu ni akan berlangsung PESTA ICT & KOMPUTER @ TERENGGANU TRADE CENTRE ( TTC ). Jadi, di sini ada tips sedikit yang nak dikongsi bersama berdasarkan pengalaman saya pergi expo sebegini.
Bawa beg galas/sandang
Tujuannya untuk menyimpan pamplet dan brochure yang dikutip sepanjang anda berjalan di expo. Atau boleh simpan barang kecil yang kita beli macam pendrive,mouse,earphone dan lain-lain.
Kalau nak beli barang,bawa seorang kawan
Kalau boleh bawa kawan tahu selok belok komputer atau barang nak dibeli. Kalau beli barang komputer yang banyak, boleh kawan yang ikut kita tu tolong pegang sikit barang. Nanti belanjalah dia makan.
Jangan bawa baby /kanak-kanak
Bukan tak bagi, tapi sebab PC Fair ni tempat tumpuan orang ramai, memang sesak. Selepas tu, kalau nak keluar dari expo tu bukannya mudah, jalan keluar agak jauh. Kecuali anda datang pagi mungkin kurang sikit orang. Tapi kalau dah tengahari memang pack. Kalau anak anda meragam nak balik susah dah.
Beli air minuman atau makanan siap-siap
Kalau nak beli air setakat air tin ke air kotak ke,on the way pergi ke PC Fair tu singgahlah di stesen minyak ke 7 eleven ke. Makanan dan minuman kat PC Fair ni tak murah.
Pengangkutan
Ini bagi sesiapa yang pergi ke PC Fair bersama kawan² baik pegi dengan sebuah kenderaan kongsi je, time ni jalan sesak dan parking pun susah.
*Mohon Share kepad kawan-kawan :)
No comments:
Post a Comment