Monday, July 31, 2017

TIPS - CARA DAPATKAN CUPON DISKAUN LAZADA RM15

TIPS Cara untuk dapatkan kupon diskaun sebanyak RM15+ bagi setiap pembelian di LAZADA..

Diskaun kupon sebanyak RM15!!!

Tips Mendapatkan Baucer Diskaun Lazada


Caranya ialah:
  1. Buka website https://www.pricetory.com/my/lazadasaver
    https://www.pricetory.com/my/lazadasaver
  2. Cari barang yang hendak dibeli..

    *cari dalam kotak carian..
  3. Setelah semua carian dah keluar, pastikan barang yang anda ingin beli..
*senarai barang yang dicari..
*kod kupon/voucher akan keluar.. sila copy kod tersebut.. seterusnya..
4. Klik pada butang hijau yang tertulis "1 verified voucher" dan akan keluar kod kupon voucher..dan anda akan dibawa ke wab LAZADA untuk teruskan membuat pembayaran..

5. Dalam website LAZADA anda hanya perlu teruskan isi borang maklumat seperti mana anda biasa membeli di LAZADA.. Semasa hendak buat bayaran sila masukan KOD voucer/kupon tadi..

6. Masukkan kod voucher/kupon/diskoun..
*setelah kod dimasukan , potongan sebanyak rm15 telah beerjaya..


*SELAMAT MENCUBA..!!!

*TERDAPAT PELBAGAI LAGI CARA UNTUK DAPATKAN DISKAUN KUPON VOUCHER POTONGAN ..bawah ni saya share dari post blog lain..

sumber rujukan - http://www.duitkertas.com/2016/06/selalu-shopping-di-lazada-ini-5-cara.html

Jika anda selalu membeli belah di laman web terkenal Lazada, anda pasti perasan banyak diskaun dan promosi yang mereka tawarkan.

Namun, terdapat beberapa tip lagi bagaimana untuk dapatkan promosi tambahan yang anda boleh cuba. 

1. Promosi 5% dan 10% 

Jika anda perhatikan betul-betul setiap email atau iklan dari Lazada, anda dapat lihat perbezaan diskaun jika anda membuat pembelian melalui website dan mobile apps.

Jika anda beli melalui website, anda akan terima diskaun sebanyak 5% manakala jika anda beli melalui mobile apps pula anda akan dapat diskaun sebanyak 10%.

Jika anda lebih suka untuk menggunakan laman web mereka, anda hanya perlu cari barang anda di laman web, kemudian buat bayaran melalui applikasi telefon.

Perbezaan 5% yang anda akan rugi jika menggunakan website adalah sangat besar jumlahnya jika pembelian tersebut melibatkan harga barang yang besar.  

2. Kad kredit

Satu lagi kelebihan apabila membeli belah di Lazada adalah apabila anda menggunakan kad kredit yang tertulis di barang yang anda ingin beli.

Diskaun sehingga 5% jika anda membuat pembayaran menggunakan kad kredit tersebut. 

Ini menunjukkan anda sebenarnya boleh dapatkan diskaun sehingga 15% jika anda membeli barang di Lazada dengan menggunakan mobile apps dan membuat pembayaran menggunakan kad kredit yang terpilih. 


3. Special day / Clearance sale 

Pihak Lazada biasanya akan menghantar email berkenaan dengan promosi pada hari-hari tertentu seperti clearance sale.

Jika anda jarang lihat email, anda perlu sentiasa update di laman web Lazada.  
Mereka akan namakan hari berikut sebagai Special Day untuk semua pembeli setia Lazada.

Jika anda masih baru dan tidak pernah beli barang daripada Lazada, anda mungkin tidak akan menerima email tersebut. 


4. Langgan email 

Jika anda melanggan Lazada dengan email, anda akan dapat 10% diskaun semasa anda mendaftar email anda. 

Dengan hanya mendaftar, anda sudah boleh mendapat diskaun sebanyak 10%. 

5. Kod diskaun, voucer dan promo 

Jika anda perasan sebelum anda membuat pengesahan bayaran, terdapat satu kotak kosong dimana anda boleh mengisi kod promosi jika ada.

Anda boleh menggunakan carian google untuk dapatkan kos tersebut secara percuma.

Terdapat juga beberapa laman web yang menjual kod diskaun tersebut atau dijadikan sebagai free gift kepada pelanggan setia mereka.

Dengan kod tersebut, anda akan dapat penjimatan yang banyak.   

Selamat bershopping


HEBAHAN - Jualan Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir

Jom Pakat g Duty Free Kenyir..



Hari ini 1 Ogos 2017 Majlis Pelancaran Jualan Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir telah dilancarkan.

- Tarikh: 1 Ogos 2017 (Selasa)
- Masa: 9.30 pagi
- Tempat: Pengkalan Sungai Gawi
- Dirasmikan Oleh MB Trg


Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir sudah beroperasi?


Gambar-gambar barang jualan dipercayai diambil di kedai bebas cukai di Tasik Kenyir viral di media sosial sejak semalam.
Menurut sebuah laman Facebook, kedai bebas cukai pertama di Terengganu itu bakal beroperasi tidak lagi.
Antara barang-barang yang bakal dijual termasuklah coklat Daim, Kit Kat, dan pinggan mangkuk seperti Corelle dan Vantage.
“Kedai bebas cukai di Tasik Kenyir bakal beroperasi. Lepas ni orang pantai timur senang la nk cari coklat, pinggan mangkuk murah…Dah tak perlu ke Langkawi lagi untuk dapatkan Corelle, Vantage, coklat Daim…,” tulis Facebook berkenaan.
Terdahulu dalam sidang DUN yang lepas, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman memberitahu Zon Bebas Cukai di Tasik Kenyir akan beroperasi pada bulan Ogos 2017.
sumber dari -> https://terengganutimes.com/zon-bebas-cukai-tasik-kenyir-sudah-beroperasi-7-gambar











PETA LOKASI : Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir (*dari K.trg -> Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir)

GOOGLE MAP:

HEBAHAN - KARNIVAL KERJAYA POLITEKNIK KUALA TERENGGANU 2017

KARNIVAL KERJAYA POLITEKNIK KUALA TERENGGANU 2017



Kepada orang ramai dan graduan yang masih lagi mencari pekerjaan, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Jom datang beramai-ramai ke Karnival Kerjaya Politeknik Kuala Terengganu 2017.

Tarikh : 5 Ogos 2017 (Sabtu)
Masa : 9 pagi – 5 petang
Tempat : Kampus Induk Politeknik Kuala Terengganu

Anjuran : Politeknik Kuala Terengganu & JobMalaysia

Aktiviti :
- Temuduga Terbuka
- Taklimat dan Nasihat Kerjaya
- Klinik Resume
- Pameran Kerjaya

Sila hadir dengan berpakaian kemas dan bawa bersama sijil-sijil berkaitan dan resume anda. Syarat minima adalah SPM.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Pn. Aini di talian 013 7663132.
Masuk adalah PERCUMA.

HEBAHAN - TERENGGANU PC FAIR DI TERENGGANU TRADE CENTRE (TTC) 3-5 OGOS

PESTA ICT & KOMPUTER @ TERENGGANU TRADE CENTRE ( TTC )



East Coast I.T Fair akan datang ke Kuala Terengganu, pada 3-5 Ogos 2017 bertempat di Terengganu Trade Centre(TTC) bermula pada pukul10AM ~ 10.30PM selama 3 hari berturut-turut..

Jangan lupa kunjungi kami di East Coast I.T Fair Terengganu dan nikmatilah promosi dan diskaun hebat bagi produk IT.

sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1932504667033082&substory_index=0&id=1712681085682109


*Sedikit informasi untuk dikongsi...

Tips membeli belah di PC Fair


Minggu ni akan berlangsung PESTA ICT & KOMPUTER @ TERENGGANU TRADE CENTRE ( TTC ). Jadi, di sini ada tips sedikit yang nak dikongsi bersama berdasarkan pengalaman saya pergi expo sebegini.

Bawa beg galas/sandang
Tujuannya untuk menyimpan pamplet dan brochure yang dikutip sepanjang anda berjalan di expo. Atau boleh simpan barang kecil yang kita beli macam pendrive,mouse,earphone dan lain-lain.

Kalau nak beli barang,bawa seorang kawan
Kalau boleh bawa kawan tahu selok belok komputer atau barang nak  dibeli. Kalau beli barang komputer yang banyak, boleh kawan yang ikut kita tu tolong pegang sikit barang. Nanti belanjalah dia makan.

Jangan bawa baby /kanak-kanak
Bukan tak bagi, tapi sebab PC Fair ni tempat tumpuan orang ramai, memang sesak. Selepas tu, kalau nak keluar dari expo tu bukannya mudah, jalan keluar agak jauh. Kecuali anda datang pagi mungkin kurang sikit orang. Tapi kalau dah tengahari memang pack. Kalau anak anda meragam nak balik susah dah.

Beli air minuman atau makanan siap-siap
Kalau nak beli air setakat air tin ke air kotak ke,on the way pergi ke PC Fair tu singgahlah di stesen minyak ke 7 eleven ke. Makanan dan minuman kat PC Fair ni tak murah.

Pengangkutan
Ini bagi sesiapa yang pergi ke PC Fair bersama kawan² baik pegi dengan sebuah kenderaan kongsi je, time ni jalan sesak dan parking pun susah.   



*Mohon Share kepad kawan-kawan :)

Sunday, July 30, 2017

PERMOHONAN TANAH BAGI RAKYAT NEGERI TERENGGANU SECARA ONLINE

Permohonan Tanah dibuka Secara Online, Mulai 2 Ogos Ini



Bermula pasa 2hb Ogos 2017, Kepada semua anak jati negeri Terengganu boleh membuat permohonan tanah secara online..

URL Web:  http://tanahrtb.terengganu.gov.my

Tarikh tutup: 31hb Ogos 2017

Syarat²:
1. Berumur 21thn -40thn shja
2. Berkahwin ( single, janda, duda xlayak memohon )
3. Xpunyai tanah walaupun sebidang
4. Rakyat Terengganu shj ( permohon )
5. Gaji rm3500 ke bawah

*Sila share


Sumber daripada :- https://terengganutimes.com/permohonanatanah-dibuka-secara-online-mulai-2-ogos-ini

Kuala Terengganu – Kerajaan Negeri menerusi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu (PTG) telah membuka pendaftaran online bermula 2 ogos ini kepada rakyat Terengganu yang berusia 21 hingga 40 tahun untuk memohon tanah di negeri ini.
Sebelum ini Menteri Besar Terengganu  Dato’ Seri Ahmad Razif Abd  Rahman telah mengumumkan tawaran sebanyak 5,900 lot tanah kosong untuk diagihkan kepada rakyat Terengganu yang memenuhi syarat yang ditetapkan.
Rakyat yang berkelayakkan memohon  dan memenuhi 10 syarat yang telah ditetapkan akan diproses untuk tindakan seterusnya.
Antara syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti mana berikut
 SKIM KHAS TRB (TAPAH RUMAH)
Bahawasanya Kerajaan Negeri Terengganu telah bersetuju untuk menawarkan Skim Khas dalam Rancangan Tanah Berkelompok (Kategori Tapak Rumah) tahun 2017 kepada rakyat Negeri Terengganu.
Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:
  1. Rakyat Negeri Terengganu
  2. Berumur 21 tahun hingga 40 tahun
  3. Berkahwin
  4. Pendapatan isi rumah RM3,500 ke bawah
  5. Berdaftar sebagai pemilih di Negeri Terengganu dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia
  6. Pemohon/pasangan belum memiliki tanah
  7. Pemohon/pasangan belum memiliki rumah mampu milik/rumah mesra rakyat/rumah kos rendah
  8. Pemohon/pasangan hanya layak memohon satu Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) sahaja
  9. Pemohon/pasangan belum menerima tanah pemberian kerajaan
  10. Permohonan daripada e-kasih layak menerima premium nominal
Disini juga Terengganu Times memberi LINK Laman WEB Khas PTG : https://tanahrtb.terengganu.gov.my/login
Disediakan : *Terengganu Times*

Wednesday, July 26, 2017

Jawatan Kosong - Di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Peluang Kerjaya Di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Iklan Jawatan Kosong

Iklan Jawatan Kosong Terkini - Tarikh Tutup 2 Ogos 2017

Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 41 
Pegawai Eksekutif (Pentadbiran) Gred 41 
Pegawai Eksekutif (Perundangan) Gred 41 
Pegawai Eksekutif (Teknologi Maklumat) Gred 41 
Pegawai Eksekutif (Kejuruteraan) Gred 41 
Pegawai Eksekutif (Perakaunan) Gred 41 

Soalan Lazim (FAQ)

Cara Memohon:

Calon-calon pegawai LHDNM yang masih berkhidmat (bertaraf TETAP dan KONTRAK) hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui SPI Online aplikasi dalamanCalon-calon luar LHDNM (termasuk yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan) dan calon-calon pegawai LHDNM yang sedang berkhidmat (bertaraf SAMBILAN) hendaklah dibuat melalui CareerHASiL

Senarai Calon Untuk Temu Duga

Eksekutif Hasil - Pentadbiran
Penolong Eksekutif Hasil - Pentadbiran
Pembantu Hasil - Percukaian Dan Operasi
Pengawal Keselamatan

Senarai Calon Berjaya Untuk Lantikan

Penolong Eksekutif Hasil - Teknologi Maklumat - 1 Ogos 2017
Penolong Eksekutif Hasil - Penaksiran - 1 Ogos 2017
Pembantu Hasil - 1 Ogos 2017
Juruteknik Hasil - 1 Julai 2017
Pembantu Tadbir(Penaksiran) Gred 21 - 1 Jun 2017

Dokumen Temu Duga

Borang Temu Duga

Borang Permohonan Pekerjaan LHDNM

Dokumen Lantikan

Surat Akuan Berkanun 

Borang Pemeriksaan Doktor

Klinik Panel LHDNM

Program Latihan Industri di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Senarai calon Latihan Industri LHDNM Sesi 2 kemasukan Julai - Disember 2017

Permohonan hanya boleh dibuat menggunakan CareerHASiL sahaja. Proses dan layanan terhadap permohonan hanya akan dibuat apabila iklan dikeluarkan.

JAWATAN KOSONG PEMBANTU ANTIDADAH S19 DI AADK MIN. SPM TETAP BERPENCEN

Jawatan Kosong di Agensi Antidadah Kebangsaan AADK 2017



Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Agensi Antidadah Kebangsaan AADK sebagaimana berikut:
1. Pembantu Antidadah S19
Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui sistem Online SPA melalui pautan dibawah. Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.
Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
Lokasi : SELURUH NEGARA
Tarikh Tutup : 09 JULAI 2017

Tuesday, July 25, 2017

CARA-CARA MENUNTUT WANG TIDAK DITUNTUT MILIK ANDA DI JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA CAWANGAN NEGERI TERENGGANU

CARA-CARA MENUNTUT WANG TIDAK DITUNTUT MILIK ANDA  DI JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA CAWANGAN NEGERI TERENGGANU.


Lokasi : ANM PAYA KELADI , KUALA TERENGGANU.

Cara membuat semakan

1. Hanya serahkan MyKad di kaunter dengan hadir sendiri di mana-mana Jabatan Akauntan Negara di seluruh negeri.

ANM Negeri Terengganu :
Pejabat
No. Tel.
No. Fax
Poskod
E-Mail
09-6278200
09-6222137
20594
pneg_trg@anm.gov.my
*ANM Cawangan Paya Keladi, Bersebelahan KFC persimpangan stesen bas K.TRG

2. Pegawai bertugas akan semak melalui sistem dan tidak sampai lima minit kita akan dapat tahu jika mempunyai WTD.
3. Tiada bayaran atau caj perkhidmatan dikenakan.
4. Bayaran akan dibuat kepada penuntut selepas semua butiran dalam borang yang diisi disahkan sahih.


semakan Wang Tak Dituntut (WTD) boleh dibuat di Bahagian WTD, Jabatan Akauntan Negara.
Terdapat sebanyak RM5.6 bilion jumlah terkumpul WTD dilaporkan masih gagal diserahkan kepada empunya kerana tiada tuntutan dibuat. 
Pertama sekali, kita ketahui terlebih dahulu akan apa yang dimaksudkan dengan Wang Tak Dituntut.

1. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.

Contoh dibawah kategori ini ialah:
·          gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
·          dividen;
·          keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
·          tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
·          draf bank, cashier's order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
·          simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang; cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
·          Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

2. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun.

Contoh dibawah kategori ini ialah:
·          akaun simpanan;
·          akaun semasa;
·          Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).

3. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun.

- akaun pemiutang dagangan
- akaun penghutang dagangan berbaki kredit

Berdasarkan maklumat di atas, jadi bolehlah kita menuntut kembali baki wang yang ada dalam akaun, dengan syarat mengikut apa yang telah ditetapkan.


LOKASI CAWANGAN DI KUALA TERENGGANU: *Bersebelahan dengan KFC Paya Keladi.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Terengganu , Cawangan di Paya Keladi , Kuala Terengganu , Terengganu.

*Persimpangan Stesen Bas Kuala Terengganu. Bersebelahan dengan KFC.

UPDATE MAKLUMAT:

Bawa IC je kalau nak check. Melalui IC nanti dorang detect, akaun dari institusi kewangan yang mana duit korang masih berbaki. Semua yang ada baki akan keluar. Kalau tak ada balance duit, kaunter akan maklumkan tak ada. So, korang boleh la balik tanpa perlu isi borang segala tu.

HANYA PENAMA je boleh check akaun sendiri.

Kalau nak check untuk agli keluarga yang uzur, silalah bawa surat pengesahan kesihatan dari Klinik/Hospital dan surat sokongan yang menyatakan hubungan kita dengan pesakut.

Kalau nak check untuk orang yang dah meninggal dunia, silalah bawa surat mati dan surat sokongan yang menyatakan hubungan kita dengan si mati.

Andai kata dah check, lepas tu memang ada lebihan duit kita kat situ, dorang akan suh isi borang dan sertakan beberapa dokumen berkaitan termasuk IC fotostat, surat pengesahan bank berkenaan, (bank statement atau buku bank yang aktif) utk tujuan bayaran balik melalui kredit terus (bank in).

#Nasihat kpd yang belum check tu:

1. Please la pergi check. Kalau tak check, tak tau kan.

2. Dah check, tapi tak ada. Jangan kecewa. Berlapang dada. Mungkin ada rezeki lain yang Allah nak bagi tu. Bersangka baik dengan Allah.

3. Dah check. ADA! Once duit dah masuk akaun, perkara pertama kena buat, bayar ZAKAT SIMPANAN. Tak banyak. 2.5% je dari jumlah duit yang kita dapat tu. Mana tau, zakat WTD ni asbab utk kita dapat rezeki berkat yang lebih banyak lagi. Kita tak tau kan? JANJI ALLAH ITU PASTI.

4. Doakan insan2 yang memviralkan pasal WTD ni terus dilimpahkan rezeki yang mencurah2. Kalau dorang tak viralkan, kita pun tak tau.

5. Andai kata no. tel di atas susah untuk ditembusi, silalah dail nombor2 ini:

📞0320568052
📞0320568053
📞0320568054

Semoga post ini membantu sahabat sekalian. Sila share.

#wangtakdituntut

Sumber Info Effa Shamsuddin

Sumber dari :
1- https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwjApIjV76XVAhUcSI8KHZ5BCrMQFggjMAA&url=http%3A%2F%2Fwww.anm.gov.my%2Findex.php%2Fkhidmat%2Fwang-tak-dituntut&usg=AFQjCNGzcYHLj0nege1Gvy1NErIXd8cGZg

2- https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=4&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwjApIjV76XVAhUcSI8KHZ5BCrMQFgg8MAM&url=http%3A%2F%2Fsozcyili.blogspot.com%2F2017%2F07%2Fcara-cara-menuntut-wang-tidak-dituntut.html&usg=AFQjCNFPaagbM69QUj85IQgmmyejKmsnCA

3- https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=9&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwjApIjV76XVAhUcSI8KHZ5BCrMQFghlMAg&url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Fini-caranya-untuk-mendapatkan-duit-anda-daripada-senarai-wang-tak-dituntut%2F&usg=AFQjCNGt8hwQcq_4qMITDsf5FYEGYkl9-A

4- (*gambar) http://www.ohdunia.my/2017/07/tak-sangka-dapat-rm14000-wanita-kongsi-cara-dapatkan-wang-tak-dituntut.html