Saturday, April 4, 2026

SEMENANJUNG: Hebahan Pengambilan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Gred 1 Tahun 2026

 SEMENANJUNG: Hebahan Pengambilan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Gred 1 Tahun 2026



Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) ingin mempelawa pemohon yang berminat untuk memohon jawatan sebagai Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Gred 1 lantikan secara Kontrak (Interim) bagi mengisi kekosongan di Semenanjung Tahun 2026.


Pemohon yang berminat perlu mengemukakan permohonan atau pengemaskinian secara dalam talian melalui sistem mySPP.


Pemohon adalah diingatkan untuk meneliti syarat-syarat/maklumat berkaitan jawatan DI SINI  sebelum membuat sebarang permohonan atau  pengemaskinian. 



TARIKH TUTUP PERMOHONAN

 17 APRIL 2026 (JUMAAT)



PEMOHON DIINGATKAN AGAR

TIDAK MEMBUAT SEBARANG PENGEMASKINIAN DATA SELEPAS TARIKH TUTUP.


Peringatan:


Pemohon diingatkan untuk membaca terlebih dahulu Panduan Pengguna mySPP dan memastikan maklumat yang diisi/ dikemas kini dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.

Hanya pemohon yang memenuhi syarat dan melepasi tapisan sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui laman web spp.spab.gov.my atau menghubungi talian di bawah:




kelayakan:

SPM BAHASA MELAYU GRED C !!!




Sunday, March 29, 2026

𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐈𝐊𝐋𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒𝐎𝐍𝐆 𝐒𝐓𝐀𝐅 𝐊𝐋𝐈𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑𝐀𝐍 UNISZA

 


𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐈𝐊𝐋𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒𝐎𝐍𝐆 𝐒𝐓𝐀𝐅 𝐊𝐋𝐈𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑𝐀𝐍


Sukacita dimaklumkan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mempelawa seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan (TETAP/KONTRAK (Contract of Service dan Contract for Service) melalui: 


 Portal e-Perjawatan UniSZA

🔹https://shorturl.at/rBHyW