Monday, August 11, 2025

DIBUKA - Permohonan bagi Projek Rumah Mampu Milik (RMM) Bukit Gasing Sejahtera II

 



Berita baik untuk rakyat Terengganu yang masih belum memiliki rumah sendiri! 


Permohonan bagi Projek Rumah Mampu Milik (RMM) Bukit Gasing Sejahtera II, Marang akan dibuka mulai 10 Ogos 2025 sehingga 10 September 2025.


Permohonan boleh dibuat melalui Sistem Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu (ePerumahan) di pautan berikut:


🔗 https://eperumahan.terengganu.gov.my



Sunday, August 3, 2025

JAWATAN KOSONG MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU MBKT

 



IKLAN JAWATAN KOSONG

MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU 


KELAYAKAN DAN CARA MEMOHON


1. Pemohon hendaklah mempunyai  kelayakan akademik mengikut skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon.


2.  Permohonan hendaklah dibuat melalui talian dengan melawati laman portal Majlis 

di alamat  http://mbkt.terengganu.gov.my  atau terus ke aplikasi e- Recruitment MBKT

di alamat  https://ekerjaya.mbkt.gov.my/.





3. Sekiranya mempunyai kemusykilan tentang permohonan, boleh terus menghubungi Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, MBKT di talian no. 09-612 1786, 09-612 1776 atau 09-612 1775


4.  Tarikh Tutup Permohonan: 18 Ogos 2025 jam 5.00 petang.

Saturday, August 2, 2025

JAWATAN KOSONG KERAJAAN NEGERI TERENGGANU 1/2025

 


IKLAN JAWATAN KOSONG 
  
Peluang kerjaya dalam Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu, dipelawa kepada Rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagaimana berikut: 

1. Pegawai Tadbir Gred N9 
2. Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S9 
3. Penolong Jurutera (Kejuruteraan Awam) Gred JA5 
4. Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA5 
5. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA5 
6. Penolong Pegawai Veterinar Gred G5 
7. Penolong Pegawai Pertanian Gred G5 
8. Penolong Pemelihara Hutan Gred G5 
9. Penolong Pegawai Tadbir Gred N5 
10. Penolong Pegawai Tanah (Lelaki sahaja) Gred NT5 
11. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S5 
12. Penolong Juru Audit Gred W5 
13. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA1 
14. Penjaga Jentera Elektrik (Lelaki Sahaja) Gred J1 
15. Pegawas Hutan Gred G1 
16. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1 
17. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S1 
18. Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S1 
19. Pembantu Kemahiran Gred H1 
20. Pembantu Khidmat Am Gred H1
21. Pembantu Khidmat Am (Pemanduan) Gred H1   

Rujuk Iklan   

TARAF PERKHIDMATAN: TETAP 

CARA MEMOHON: Permohonan jawatan ini hendaklah dibuat SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) melalui pautan ini  https://spntre.terengganu.gov.my   

*** Bermula Ogos 2025 , Pihak SPNT telah melakukan pembersihan data. Oleh itu, semua pemohon perlu membuat pendaftaran baharu dan melengkapkan semula maklumat berkaitan. Pemohon juga perlu menggunakan email yang aktif semasa pendaftaran.

TARIKH PERMOHONAN :   3 Ogos  2025 hingga 16 Ogos 2025       

UMUR 

Calon-calon lantikan adalah tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.   

Untuk maklumat lanjut, 

hubungi talian : 09-6274146 
Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu

Tuesday, March 11, 2025

HEBAHAN : IKLAN JAWATAN KOSONG UMT 2025

 HEBAHAN : IKLAN JAWATAN KOSONG 2025



SYARAT-SYARAT PERMOHONAN



Permohonan secara ONLINE di laman sesawang berikut:

https://estar.umt.edu.my/ (Jawatan Akademik)

http://myjob.umt.edu.my (Jawatan Pengurusan & Profesional / Pelaksana)


Iklan dibuka mulai 10 - 20 Mac 2025.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian berikut:

 Permohonan Jawatan Akademik di talian 09-668 4247/ 4879  


Permohonan  Jawatan Pengurusan & Profesional / Pelaksana di talian 09-668 4314/4325



sumber dari Fb https://www.facebook.com/share/p/1A3Z8pf76i/?mibextid=wwXIfr



Saturday, February 8, 2025

BAS MADANI BAS.MY KUALA TERENGGANU

 



Bas Madani

Orang Bukit Payung boleh naik 3 laluan Bas Madani BAS.MY Kuala Terengganu. 


T20 - Kuala Terengganu - Pasir Panjang - Bukit Payung

T21 - Kuala Terengganu - Sungai Rengas - Bukit Payung

T22 - Kuala Terengganu - Bukit Payung - Kuala Berang



Selain Bukit Payung, Bas Madani Kuala Terengganu juga meliputi laluan: 

T100 - Pusat Bandaraya KT (KT City)

T30 - Kuala Terengganu - Terminal Marang

T31 - Kuala Terengganu - Kedai Buluh - Marang


T10 - Kuala Terengganu - Jeti Merang

T11 - Kuala Terengganu - Batu Rakit


Bas Madani Kuala Terengganu telah beroperasi bermula 1 Februari 2025 yang lalu. 


Kredit Foto Tranung Kini

link : https://www.facebook.com/share/p/1XBa4jXdap/?mibextid=wwXIfr


Wednesday, January 15, 2025

JAWATAN KOSONG - Iklan Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Secara “Contract Of Service”

 



Iklan Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Secara “Contract Of Service”

🔴 IKLAN PENGAMBILAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG9 SECARA “CONTRACT OF SERVICE” DI BAWAH JABATAN PENDIDIKAN ISLAM NEGERI TERENGGANU (JPINT) TAHUN 2025 🔴

Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam yang telah menamatkan pengajian dan telah memperoleh keputusan senat Universiti pada tarikh tutup hebahan ini untuk mengisi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Secara “Contract Of Service” di Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT)

Bagi SYARAT-SAYARAT KELAYAKAN sila Klik IKLAN PENGAMBILAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG9

Bagi PERMOHONAN Sila Klik https://jpintklik.terengganu.gov.my

* Atau layari: https://www.facebook.com/JabatanPendidikanIslamNegeriTerengganu

TARIKH PERMOHONAN DIBUKA :
16 Januari 2025 (Khamis) HINGGA 30 Januari 2025 (Khamis) Jam 3.00 PETANG