KEMENTERIAN PENDIDIKAN BAHAGIAN PENDIDIKAN SWASTA
IKLAN PENGAMBILAN
PERSONEL SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAM (MySTEP) TAHUN 2023
Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP seperti yang berikut:
JAWATAN : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) PT (P/O) N19
GAJI DITAWARKAN : RM 1,700.00/ SEBULAN
TEMPOH : JULAI 2023 HINGGA DISEMBER 2023
KEKOSONGAN : 2 (DUA) CALON
KEMUDAHAN : CUTI REHAT, CUTI SAKIT, CARUMAN KWSP DAN CARUMAN PERKESO
SYARAT KELAYAKAN:
1. Berumurtidakkurangdaripada18tahunpadatarikhtutupiklanjawatan;
2. Memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 1
KRITERIA TAMBAHAN
1. Mempunyai kemahiran komputer MS Word, MS Excel dan MS Power Point. 2. Mampu bekerja dalam situasi yang mendesak dan boleh menyiapkan tugas
mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan;
3. Bolehbekerjadibawahpengawasanyangminimum;
4. Mempunyaiminatuntukmeningkatkanilmudankemahirandiri;dan 5. Bertanggungjawabdanberdisplin
DESKRIPSI TUGAS:
Personel MySTEP bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi pada peringkat kumpulan pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat serta pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).
Personel MySTEP juga bertanggungjawab dalam penyediaan bahan-bahan yang berkaitan dengan urusan surat/memo, minit curai/mesyuarat, minit bebas, brosur dan lain-lain.
2
TATACARA PERMOHONAN:
1. Calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan dengan mengemukakan dokumen yang berikut ;
i. Resume berserta gambar berwarna berukuran pasport (sila nyatakan jawatan yang dimohon); dan
ii. Salinan sijil SPM yang diiktiraf oleh kerajaan.
kepada alamat di bawah;
Pengarah
Bahagian Pendidikan Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3, Blok E2, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya.
(up: Unit Sumber Manusia)
*Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditulis dengan frasa *Personel MySTEP- Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (N19)* di sebelah kiri sampul
atau
2. Permohonan anda boleh dihantar menerusi e-mel kepada adham.nazul@moe.gov.my. Tarikh tutup permohonan ialah pada 2 Jun 2023 (Jumaat).
3. Hanya calon- calon yang layak selepas tapisan sahaja akan di panggil untuk temuduga.
4. Hanya calon- calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan dilantik. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas sebulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
5. Sekiranya pihak tuan, mempunyai sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh berhubung dengan pegawai bertugas Muhammad Adham bin Mohamed Nazul di talian 03-8883 0733/ 0679 atau emel adham.nazul@moe.gov.my.