Tuesday, March 30, 2021

HEBAHAN TAWARAN KEPADA CALON SIMPANAN KE JAWATAN TETAP ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP) TAHUN 2021 BAGI PENEMPATAN DI SEMENANJUNG

SEMAKAN BOLEH DIBUAT PADA 1 APRIL 2021 SELEPAS PUKUL 12.00 TENGAH HARI. 
HEBAHAN TAWARAN KEPADA CALON SIMPANAN KE JAWATAN TETAP ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP) TAHUN 2021 BAGI PENEMPATAN DI SEMENANJUNG

Perubahan status calon simpanan ke jawatan tetap Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Tahun 2021 kepada calon-calon yang berstatus calon simpanan bagi keputusan temu duga yang dilaksanakan pada bulan Ogos-November 2020 boleh disemak di https://semakan.spp.gov.my/semakan/keputusan_temuduga_view.php

Calon-calon yang berjaya hendaklah mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) sebelum 6 Mei 2021. Perlu diambil perhatian bahawa keputusan temu duga serta pautan untuk mencetak Surat Tawaran Lantikan dan PSTT hanya dipaparkan sehingga tarikh berkenaan sahaja. Kegagalan mencetak surat tawaran sebelum tarikh yang dinyatakan akan menyebabkan tuan/puan tidak mempunyai salinan surat tawaran dan menyukarkan proses melapor diri.

Surat Arahan melapor diri akan dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada calon-calon yang berjaya dalam masa terdekat.

Sunday, March 28, 2021

CARA MEMOHON RUMAH MAMPU MILIK TERENGGANU 2021 ONLINE UNTUK GOLONGAN B40 (RMMT)

CARA MEMOHON RUMAH MAMPU MILIK TERENGGANU 2021 ONLINE UNTUK GOLONGAN B40 (RMMT)


🖋SYARAT KELAYAKAN MEMOHON
1. Pemohon atau pasangan merupakan     
    rakyat Terengganu yang menetap 
    dalam negeri Terengganu.

2. 21 tahun keatas, bagi pemohon yang  
    berumur melebihi 50 tahun boleh 
    dipertimbangkan dengan syarat  
    mempunyai jaminan bayaran daripada 
    ahli keluarga. (Ahli keluarga ditakrifkan 
    daripada anak / adik beradik kandung).

3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada 
    golongan bujang yang berpendapatan 
    bulanan tidak melebihi RM 2,500.

4. Pemohon dan pasangan belum pernah 
    memiliki rumah.

5. Pemohon dan pasangan tidak pernah 
    menerima tanah anugerah kediaman 
    daripada pihak kerajaan.

6. Pendapatan kasar bulanan isirumah  
    (pemohon dan pasangan) tidak 
     melebihi RM 3,500 sebulan.

7. Bagi pemohon dan pasangan dari 
    penjawat awam, hanya yang bergred 1 
    hingga 22 sahaja layak memohon

8. Isteri kedua / ketiga / keempat layak 
    dipertimbangkan sekiranya mempunyai 
    pendapatan bulanan tidak melebihi RM 
    2,500 sebulan.

9. Penerima hanya layak memiliki RMM / 
    RPMM sekali sahaja dan sekiranya 
    rumah tersebut dijual (selepas sekatan 
    moratorium), penerima tidak layak lagi 
    membuat permohonan kedua dan 
    seterusnya.    

📌CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK TERENGGANU   
    SECARA ONLINE📌
 -Pendaftaran boleh dibuat secara online di laman web rasmi        
  http://eperumahan.terengganu.gov.my/eperumahan2/

Wednesday, March 17, 2021

PENGAMBILAN KHAS BUKAN BUMIPUTERA BAGI JAWATAN KONSTABEL POLIS GRED YA1 (LELAKI / WANITA) POLIS DIRAJA MALAYSIA TAHUN 2021.

PENGAMBILAN KHAS BUKAN BUMIPUTERA BAGI JAWATAN KONSTABEL POLIS GRED YA1 (LELAKI / WANITA) POLIS DIRAJA MALAYSIA TAHUN 2021. 
SEMUA WARGANEGARA MALAYSIA BUKAN BUMIPUTERA YANG BERKELAYAKAN DAN MEMENUHI SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN BOLEH MEMBUAT PERMOHONAN PADA TARIKH SEPERTI BERIKUT : 

18 MAC 2021 HINGGA 31 MAC 2021 

PERMOHONAN BOLEH DIBUAT MELALUI PORTAL RASMI e-pengambilan PDRM. 

KEUTAMAAN AKAN DIBERIKAN KEPADA PEMOHON BUKAN BUMIPUTERA YANG BOLEH BERTUTUR DAN MENULIS DALAM : 

• BAHASA CINA ATAU
• BAHASA TAMIL ATAU
• LAIN-LAIN BAHASA IBUNDA

SEBARANG PERTANYAAN LANJUT BOLEH MENGHUBUNGI UNIT PENGAMBILAN PDRM DI TALIAN HELPDESK 03-22668348/8350/8351 (WAKTU PEJABAT).

LELONGAN HAIWAN TERNAKAN YANG TIDAK DITUNTUT OLEH MBKT

LELONGAN HAIWAN TERNAKAN YANG TIDAK DITUNTUT OLEH MBKT
Iklan lelongan haiwan ternakan yang tidak dituntut yang menurut Akta Kerajaan Tempatan 1976, mana-mana haiwan yang telah disita dan tidak dituntut sebagaimana perkara 6 (3) Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau (Majlis Perbandaran Kuala Terengganu) Pihak Majlis akan mengadakan  suatu lelongan awam untuk melupuskan haiwan tersebut sebagaimana berikut :-                                     
Tarikh : 25 Mac 2021 (Khamis)
Masa  : 10.00 pagi
Tempat : Pusat Tahanan Haiwan di Kawasan Perindustrian Chendering (tepi sungai)

#MBKT
#KualaTerengganu
#PatuhiPKPP
#KitaJagaKita

Tuesday, March 16, 2021

JAWATAN KOSONG KERAJAAN NEGERI PAHANG - Perkhidmatan Awam Negeri Pahang.

Peluang Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam Negeri Pahang. 

Layari laman web rasmi Spa pahang atau masuk ke url https://espa.pahang.gov.my/ untuk permohonan pendaftaran.

Pertandingan Cipta Resepi Sihat Sempena Sambutan Bulan Pemakanan Peringkat Negeri Terengganu 2021

Pertandingan  Cipta Resepi Sihat Sempena Sambutan Bulan Pemakanan Peringkat Negeri Terengganu 2021
Kepada semua yang mempunyai bakat terpendam dalam mencipta menu-menu makanan  sihat, meh pakat masuk belaka Pertandingan  Cipta Resepi Sihat Sempena Sambutan Bulan Pemakanan Peringkat Negeri Terengganu 2021 ini. Hadiah menarik menanti semua.
#CiptaResepiSihat
#bulanpemakananterengganu2021
#masakbersamaadabi
#pmpganu
#adabilovers


reff: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4091272660923820&id=187052151345910

Monday, March 15, 2021

JAWATAN KOSONG - Terkini Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

JAWATAN KOSONG - Terkini Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
Kekosongan Pembantu Tadbir, Pembantu Operasi & Pelbagai Jawatan

Sistem Permohonan Jawatan Dalam Talian


Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), sebuah agensi penyelidikan utama dalam bidang perhutanan negara ini di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) mempelawa calon-calon yang berkelayakan, komited dan bertanggungjawab untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan ini hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Sunday, March 14, 2021

JAWATAN KOSONG - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)

Jawatan Kosong Terkini 
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) 
Pegawai Tadbir, Penolong pegawai Tadbir, Pegawai Pertanian & Pelbagai Jawatan Lain
Rujuk iklan penjawatan di sini 👉 www.myfuturejobs.gov.my

Monday, March 1, 2021

IKLAN JAWATAN KOSONG PENGAMBILAN JAWATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI GRED DH29 & DH41

IKLAN PENGAMBILAN JAWATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI GRED DH29 & DH41 - JAWATAN KOSONG
yang berjaya nanti kerja jadi cikgu/pensyarah di kolej komuniti dan politek.

permohonan dan maklumat penuh boleh web spp.