Saturday, December 26, 2020

JAWATAN KOSONG DI KOKITAB - TUTUP 7 JANUARI 2021

JAWATAN KOSONG DI KOKITAB.

.
👉🏻PEMBANTU TADBIR

👉🏻JURUTEKNIK
.
Sila hantarkan RESUME dan SIJIL yang berkaitan sebelum 07 JANUARI 2021 @ 5.00 Petang  kepada:

SETIAUSAHA KEHORMAT,
KOPERASI KAKITANGAN KERAJAAN TERENGGANU (KOKITAB) BERHAD,
TINGKAT 2, WISMA KOKITAB,
JALAN SULTAN ISMAIL,
20200 KUALA TERENGGANU.

link iklan FB KOKITAB TRG : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1335330260137435&id=100009814215062

JAWATAN KOSONG UNISZA TETAP / KONTRAK / SAMBILAN - TUTUP 2 JANUARI 2021

JAWATAN KOSONG KERAJAAN Universiti Sultan Zainal Abidin 



dengan ini mempelawa seluruh warganegara Malaysia 

yang berkelayakan memohon untuk mengisi jawatan kosong yang bertaraf 

TETAP/ KONTRAK/ SAMBILAN sepertimana berikut :



PERHATIAN KEPADA PEMOHON

(a) Hanya permohonan yang disenarai/tapis sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari 

tarikh tutup iklan jawatan adalah dianggap tidak berjaya.

CARA MEMOHON

1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (on-line) melalui laman sesawang 

UniSZA.

2. Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak urus setia di talian:

i) 09-668 8369 - Puan Majedah binti Mokhtar

 Penolong Pendaftar Kanan

ii) 09-668 8359 - Puan Nor Falisha Akma binti Mustafa

 Penolong Pegawai Tadbir

iii) 09-668 8946 - Puan Nur Asidani binti Abdu Kader

 Penolong Pegawai Penerangan

 

3. Jika terdapat masalah teknikal semasa pengisian sila hubungi Encik Nik Farid bin 

Nik Mohd dari Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR) di talian 

09-6688839.

Tarikh akhir permohonan adalah pada 2 Januari 2021 (Sabtu).

Fail : UniSZA.P/2/PP/331-2

Bertarikh : 27 Disember 2020


web unisza : https://www.unisza.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1997:iklan-jawatan-kosong-sticky-new&catid=2:events&lang=ms&Itemid=380


iklan jawatan kosong : https://ejawatan.unisza.edu.my/jaw2/upload/iklan/20201227092514791.pdf


borang jawatan kosong : http://ejawatan.unisza.edu.my/jaw2/borang.php



Thursday, June 25, 2020

13 IKLAN JAWATAN KOSONG DIBUKA DI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI TERENGGANU SPNT

13 IKLAN JAWATAN KOSONG DIBUKA  DI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI TERENGGANU SPNT 


3 IKLAN JAWATAN KOSONG DIBUKA 

Senarai iklan terbuka.Jawatan-jawatan tersebut akan diiklan mulai 28 Jun 2020.

Tarikh tutup permohonan pada 12 Julai 2020.


Senarai Jawatan

  1. Pegawai Syariah Gred LS41
  2. Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41
  3. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29
  4. Penolong Pegawai Tanah Gred NT29
  5. Penolong Pegawai Veterinar Gred G29
  6. Penolong Pemelihara Hutan Gred G29
  7. Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19
  8. Juruteknik Komputer Gred FT19
  9. Pembantu Perikanan Gred G19
  10. Pegawas Hutan Gred G19
  11. Pembantu Kemahiran Gred H19
  12. Pembantu Operasi Gred N11
  13. Penghantar Notis Gred N11

Kumpulan Pengurusan dan Profesional

Memaparkan senarai jawatan yang boleh dipohon oleh calon yang mempunyai ijazah, sarjana atau PHD. Di sini juga disertakan maklumat terperinci mengenai tugas, kelayakan dan gaji permulaan untuk setiap jawatan :-

1. PEGAWAI TADBIR GRED N41
2. PEGAWAI SYARIAH GRED LS41
3. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S41
4. PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S41
5. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J41
6. PEGAWAI PERTANIAN GRED G41
7. PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41
8. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41
9. PEGAWAI VETERINAR GRED G41
10. PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S41
11.PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41


Kumpulan Pelaksana






Wednesday, June 24, 2020

TIPS DAN CARA RAKAMAN VIDEO TEMUDUGA : TEMU DUGA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN SPP TAHUN 2020 CONTOH BAGI JAWATAN PEMBANTU OPERASI GRED N11

TIPS dAN CARA RAKAMAN VIDEO TEMUDUGA : TEMU DUGA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN SPP TAHUN 2020 CONTOH BAGI JAWATAN PEMBANTU OPERASI GRED N11


Berdasarkan soalan yang diberikan, calon perlu menyediakan rakaman video berdurasi 3-5 minit...

*boleh lihat baca maklumat penuh : http://terengganu-darul-iman.blogspot.com/2020/06/tips-temuduga-penyediaan-rakaman-video.html


SOALAN YANG PERLU DIJAWAB :

 A. Latar belakang

B. Apa yang anda faham tentang jawatan dan kenapa pilih jawatan ini? 

C. Kemahiran untuk berkerja dengan jawatan ini? 

D. Pendapat anda mengenai kerja kerajaan? 

E. Pendapat anda mengenai kerja luar masa/waktu pejabat? 

F. Adakah anda sedia ditempatkan kerja diluar negeri? 

G. Sebab kenapa anda patut dipilih 

H. Dalam rakaman anda perlu buat gerakan. 


APA YANG PERLU ANDA BUAT ???

1-Anda wajib berpakaian kemas seperti hendak ditemuduga secara biasa.
*untuk markah bonus : nametag, tali leher, kasut/talipinggan/stokin hitam, rambut pendek dan kemas,  kemeja lengan panjang. seperti dalam gambar...


2- Sediakan skript ucapan yang akan anda cakapkan semasa buat rakaman nanti. skrip mesti berdasarkan/menjawab solan yang telah diberikan oleh SPP. *semasa buat rakaman, letak skript kat depan kita mengadap kamera(telefon) macam pembaca berita ni...


3- Kedudukan semasa membuat rakaman mengikut tatacara yang telah SPP berikan iaitu duduk diatas kerusi denga sopan.


4- Tambahan; letak@set timer untuk pastikan rakaman anda tidak terlalu panjang. *arahan rakaman video mesti berdurasi 3-5minit sahaja.. Boleh letak depan seperti skrip tadi, senang nampak masa..


5- PALING UTAMA, ANDA SEDIAKAN SCRIPT LENGKAP MENJAWAB SEMUA SOALAN YANG TELAH DIBERIKAN.. 


CONTOH SKRIP MENJAWAD SOALAN TEMUDUGA SECARA RAKAMAN VIDEO :

 A. Latar belakang

- Assalammualaikum..,  nama saya Abu bin Bakar dan saya berumur 25 tahun , saya sudah/belum berkahwin dan belum mempunyai anak. isteri bekerja dalam sektor kerajaan sebagai kerani. saya sekarang menetap di kampung mak lagam, kemaman, terengganu.  Saya mempunyai 7 orang adik beradik.

 -Ibubapa masih ada/sudah tiada, bapa saya bekerja sebagai pemandu teksi dan emak saya pula ialah persara kerajaan dalam sektor kementerian kesihatan.

 - Pendidikan tertinggi saya ialah sijil pelajaran malaysia (SPM) dimana saya telah tamat pelajaran pada tahun 2000 dan Saya belajar di SMK BANGGOL.

 - Pengalaman kerja saya pernah bekerja di kedai percetakan selama 2 tahun dan sekarang saya bekerja secara kontrak dengan kerajaan negeri sebagai pegawai it di kerajaan negeri.

 

B. Apa yang anda faham tentang jawatan dan kenapa pilih jawatan ini? 

- Saya memilih jawatan sebagai PEMBANTU OPERASI kerana tugas kerjanya mempunyai kaitan dengan pengalaman dan tugas kerja sekarang.

 -Antara tugas kerja PEMBANTU OPERASI yang saya tahu ialah :

1. merekod dan menghantar surat dan dokumen jabatan

2. membuat salinan dokumen menggunakan mesen fotostat atau printer

3. mengangkat, mengantar dan menyusun alat² dari stor pejabat

4. menguruskan,menyusun dan mengemas bilik mesyuarat serta memastikan alatan dalam bilik mesyuarat berfungsi dengan baik.

5. membantu membawa peralatan ICT dan memastikan keselamatan alat tersebut.

6. memastikan kebersihan dan kekemasan pejabat

7. melaksanakan tugas pemanduan kenderaan sekiranya diarahkan oleh ketua jabatan.

8. membantu dan menjadi urusetia bengkel/seminar/mesyuarat sekiranya diarahkan

9. bertugas dikaunter ikut jadual

10. menyediakan kad perakam waktu kerja

11. mengikut tugas² dari semasa ke semasa

 *sekiranya ditugaskan di SEKOLAH pula, skop tugas tambahan ialah :

12. merekod dan mengurus pengambilan dokumen seperti sijil² peperiksaan UPSR/PMR/SPM/STPM dan surat akuan/sijil berhenti sekolah.

13. membantu dalam urusan bank atau pembayaran bil sekolah

14. mengurusankan pendaftaran murid baru atau pertukaran murid

 

C. Kemahiran untuk berkerja dengan jawatan ini? 

- Saya mempunyai pengalaman dalam mengendalikan komputer.

- Saya selalu mengendalikan emel dan sistem online. Dan,

-Tugas² kerja saya sebelum ini banyak menggunakan software msword, excel dan powerpoint.

-saya juga biasa menggunakan mesen pencetak, scanner dan mesin fotostat

-alat² lain seperti mesen binding juga saya biasa menggunakan dalam menjilid dokumen.

-biasa bekerja secara berkumpulan atau berseorangan.

 

D. Pendapat anda mengenai kerja kerajaan/sektor awam? 

- pendapat saya mengenai kerja dalam sektor awam ialah ia suatu tugas yg patut dibanggakan kerana kita bertugas untuk berkhidmat kepada kerajaan MALAYSIA.

-sebagai penjawat awam, amat penting untuk bekerja dengan penuh dedikasi dan cemerlang bagi menaikan prestasi sesebuah jabatan kerana ia memberikan gambaran yg baik kepada masyarakat.

 

E. Pendapat anda mengenai kerja luar masa/waktu pejabat? 

- tiadas masalah dalam melakukan kerja luar masa /waktu pejabat kerana ia perlu dilakukan sekiranya ada tugasan kerja yg masih belum disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan.

- bagi memastikan setiap kerja selesai dan tiada yang tertangguh.

 

F. Adakah anda sedia ditempatkan kerja diluar negeri? 

- Saya bersedia untuk ditempatkan dimana² lokasi tempat bertugas termasuklah diluar negeri mengikut arahan jabatan.

 

G. Sebab kenapa anda patut dipilih 

- saya mempunyai pengalaman kerja dan ia mempunyai kaitan dengan bidang tugas kerja yang saya mohon sekarang.

- sekiranya saya dipilih, insyaallah saya boleh membantu meningkatkan prestasi sesebuah jabatan dengan cara kemahiran dan skill yang saya miliki.

 

H. Dalam rakaman anda perlu buat gerakan. 

- bangun

- pusing

- gerakan tangan

*motif : penemuduga nak tengok pakaian kita sesuai tak? Jadi sila pakai kemas..



*itu sahaja yang boleh dikongsikan.. selamat berjaya :)

Tuesday, June 23, 2020

TIPS TEMUDUGA : PENYEDIAAN RAKAMAN VIDEO OLEH CALON TEMU DUGA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN SPP TAHUN 2020 ZON TIMUR(TERENGGANU, KELANTAN & PAHANG) - BAGI JAWATAN PEMBANTU OPERASI GRED N11


TIPS TEMUDUGA : PENYEDIAAN RAKAMAN VIDEO OLEH CALON TEMU DUGA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN SPP TAHUN 2020 ZON TIMUR(TERENGGANU, KELANTAN & PAHANG) - BAGI JAWATAN PEMBANTU OPERASI GRED N11




ARAHAN OLEH SPP: Berikutan daripada penularan pandemik COVID-19, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP) mengambil langkah untuk melaksanakan urusan temu duga AKP secara rakaman video. Sehubungan dengan itu, calon perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan iaitu CALON PERLU MEMUAT NAIK SEMUA MAKLUMAT SECARA DALAM TALIAN.

Antara maklumat yang perlu calon hantar ialah :
1. Borang maklumat calon ( borang maklumat )
2. Rakaman video calon ( panduan video rakaman)
3. Dokumen berkaitan dengan calon seperti kad pengenalan, sijil spm dan yg berkaitan. ( senarai dokumen)

*CALON DISARANKAN UNTUK BACA DAN IKUT SEMUA ARAHAN DARI WEB SPP YANG SAH !!! ( https://semakan.spp.gov.my/semakan/Rakaman/jadual_temuduga_rakaman_view.php )

***BAGI CALON JAWATAN PEMBANTU OPERASI GRED N11, DI SINI SAYA KONGSIKAN TIPS DAN MAKLUMAT YANG PERLU ANDA SERTAKAN DALAM RAKAMAN VIDEO TEMU DUGA ANDA***



Berdasarkan soalan yang SPP berikan, calon perlu menyediakan rakaman video tanpa edit/filter dengan berpakaian kemas seperti ditemuduga biasa dan rakaman perlu  berbahasa melayu dan berdurasi 3-5 minit.

SOALAN YANG PERLU DIJAWAB :

A. Latar belakang - huraikan latar belakang anda. Bermula dengan nama, umur dan tahap pendidikan anda. sedikit latar belakang keluarga seperti pekerjaan ayah mak dan bilangan adik beradik. asal tempat tinggal dimana. disini anda perlu setakan maklumat tentang diri anda yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon dan pengalaman kerja juga berkait dengan jawatan dipohon. 

B. Apa yang anda faham tentang jawatan dan kenapa pilih jawatan ini? - SKOP KERJA! anda perlu tahu apa tugas kerja yang anda pohon ini. Jadi sertakan semua yang anda tahu. DI SINI SAYA KONGSI SKOP JAWATAN PEMBANTU OPERASI N11 iaitu:

*SEKIRANYA DITEMPATKAN DI JABATAN (JPN@PPD)
1. Mengendalikan tugas penyampaian atau kutipan surau dokumen/saman/ notis dengan sempurna, cekap dan berkesan.
2. Membantu membuat salinan pendua dan penjilidan dokumen
3. Mengangkat, menyusun dan mengemas barang-barang atau peralatan bekalan dari stor pejabat.
4. Mengemas dan menyusun atur bilik mesyuarat sebelum dan selepas mesyuarat serta memastikan peralatan di bilik mesyuarat disenggara dengan baik.
5. Membantu membawa peralatan penggambaran/ peralatan ICT dan memastikan keselamatan peralatan berkenaan.
6. Memastikan kebersihan dan kekemasan pejabat sepanjang masa
7. Melaksanakan tugas pemanduan kenderaan pada bila-bila masa apabila diarahkan oleh Ketua Jabatan.
8. Membantu dan menjadi urus setia bengkel/ kursus/ mesyuarat sekiranya diarahkan.
9. Bertugas di kaunter pertanyaan/ kaunter utama mengikut jadual.
10. Membantu dalam penyediaan Kad Perakam waktu.
11. Tugas- tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

*SEKIRANYA DITEMPATKAN DI SEKOLAH/INSTITUSI KPM
1. Mengendalikan tugas penyampaian atau kutipan suraU dokumen/saman/ notis dengan sempurna, cekap dan berkesan.
2. Membantu membuat salinan pendua dan penjilidan dokumen.
3. Mengangkat, menyusun dan mengemas barang-barang atau peralatan bekalan dari stor pejabat.
4. Mengemas dan menyusun atur bilik mesyuarat sebelum dan selepas mesyuarat . serta memastikan peralatan di bilik mesyuarat disenggara dengan baik.
5. Membantu membawa peralatan penggambaran/ peralatan lcT dan memastikan keselamatan peralatan berkenaan.
6. Memastikan kebersihan dan kekemasan pejabat sepanjang masa.
7. Melaksanakan tugas pemanduan kenderaan pada bila-bila masa apabila diarahkan oleh Ketua Jabatan.
8. Membantu dan menjadi urus setia bengkel/ kursusl mesyuarat sekiranYa diarahkan.
9. Membantu merekod dan menguruskan pengambilan dokumendokumen seperti sijit-sijil peperiksaan UPSR/ PMR/ PT3/ SMA/ SpM/ STpMI bfng dan Surat Akuan/ Sijil Berhenti Sekolah.
10. Bertugas di kaunter pertanyaan/ kaunter utama mengikut jadual.
11. Membantu dalam urusan bank seperti membayar bil dan lain-lain.
12. Membantu dalam penyediaan Kad Perakam waktu.
13. Membantu urusan pendaftaran murid baru dan pertukaran murid.
14. Tugas- tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

*Anda perlu huraikan setiap tugasan kerja tersebut.
*Untuk senarai penuh skop kerja dan tugasan serta skop kerja bagi jawatan lain, saya sertakan link untuk download dokumen skop tugas di akhir entri ini...


C. Kemahiran untuk berkerja dengan jawatan ini? - anda perlu ceritakan pengalaman kerja atau apa2 pengalaman anda yang pernah lakukan yang berkaitan dengan jawatan ini. sebagai contoh : "Saya pernah berkerja sebagai EIO, dalam tugas harian saya selalu mengendalikan email, minit surat dan simpan fail" email/surat/rekod fail adalah berkaitan dengan tugas jawatan dipinta.

D. Pendapat anda mengenai kerja kerajaan? - pendapat peribadi anda, berikan yang positif. contoh:  jawatan PEMBANTU OPERASI(PO)  ibarat tulang belakang bagi sesebuah organisasi. tanpa pembantu operasi; surat tidak di cetak/minit/edar dan tiada rekod fail yang tersusun. organisasi sukar untuk bergerak melakukan tugas. bantu mempercepatkan tugasan harian jabatan/organisasi.

E. Pendapat anda mengenai kerja luar masa/waktu pejabat? - Sekiranya di arahkan atau ada tugasan yang perlu disiapkan. sebagai pekerja kita perlu siapkan tugasan atau ikut arahan ketua jabatan walaupun pada luar waktu pejabat - Anda boleh reka sendiri ayat manis dimana setujukan aje.

F. Adakah anda sedia ditempatkan kerja diluar negeri? -  YA!!!

G. Sebab kenapa anda patut dipilih - Ceritakan kelebihan diri anda dan bagaimana anda boleh menguntungkan jabatan anda kerja. sebagai contoh : "Saya mempunyai pengalaman dalam mengendalikan komputer dan boleh membaiki kerosakan, saya  berharap dapat membantu jabatan walaupun luar tugasan saya bagi memudahkan urusan organisasi"

H. *Dalam rakaman anda perlu buat gerakan. (*untuk penemuduga lihat pakaian kemas anda : kasut hitam, stokin, seluar slack hitam, baju kemeja lengan panjang, tali leher, nametag dan kemas tergosok rapi.. AMARAN : JANGAN PAKAI KOD/BLASER!!!)


TARIKH TUTUP !!! 6 Julai 2020


*itu saja yang boleh saya kongsikan sedikit tips untuk temuduga jawatan pembantu operasi. selamat berjaya kepada semua. :)

DOWNLOAD LINK SKOP TUGAS:






HEBAHAN : PANGGILAN TEMU DUGA JAWATAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP) TAHUN 2020 BAGI ZON TIMUR (TERENGGANU, KELANTAN & PAHANG)

HEBAHAN : PANGGILAN TEMU DUGA JAWATAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP) TAHUN 2020 BAGI ZON TIMUR (TERENGGANU, KELANTAN & PAHANG)
 
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran akan melaksanakan urusan temu duga jawatan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Tahun 2020 bagi Zon Timur. Calon-calon boleh menyemak di https://semakan.spp.gov.my/semakan/Rakaman/jadual_temuduga_rakaman_view.php

Wednesday, June 3, 2020

JAWATAN KOSONG PENGAMBILAN STAF HOSPITAL UniSZA BAGI TAHUN 2020.

HEBAHAN MAKLUMAN JAWATAN KOSONG PENGAMBILAN STAF HOSPITAL UniSZA BAGI TAHUN 2020.



(a) Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (on-line) melalui pautan di bawah;
http://ejawatan.unisza.edu.my/hosp/borang.php atau layari laman sesawang UniSZA http://www.unisza.edu.my.

(b) Permohonan yang lewat diterima dan tidak lengkap tidak akan diproses.

(c) Sebarang pertanyaan mengenai perjawatan bolehlah menghubungi Pusat Pembangunan Hospital Univeristi di talian 09-668 8088/8393/8790 dan jika terdapat masalah teknikal semasa pengisian borang, sila hubungi pihak Pusat Pengurusan Infostruktur dan Rangkaian di talian 09-668 8839/ 8848.

(d) Tarikh iklan permohonan adalah pada 4 - 10 Jun 2020.



















rujukan : https://www.facebook.com/806079696449804/posts/1330271040697331/

Wednesday, March 11, 2020

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2020 - PENDAFTARAN TELAH DIBUKA

Ramai yang menunggu…dan akhirnya, Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2020 sudah kunjung tiba! Yahuuuuu~



Tarikh istimewa untuk LAJSM tahun ini jatuh pada 12 September 2020. Tahun istimewa, kita jadikan acara kali ini istimewa juga, OK?

Seperti tahun-tahun sebelum nya, kategori yang dipertandingkan adalah 42KM, 21KM, 12KM, 8KM dan Fun Run 5KM. Yang manakah target anda tahun ini? Misi untuk upgrade atau santai saja?



Pendaftaran sudah pun dibuka. Promosi Early Bird bermula hari ini sehingga 24 Mac sahaja…daftar slalu, dapat harga promosi.😍



Untuk pendaftaran :
https://www.racexasia.com/event/larian-antarabangsa-jambatan-sultan-mahmud-2020/

Sebelum mendaftar, baca rules dan regulations dulu yaa....

Cepat...War-warkan kepada semua!

#LAJSM2020
#letsvacayrun

reff : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=803003996874924&id=195527104289286

Monday, March 9, 2020

JAWATAN KOSONG LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA LKIM

JAWATAN KOSONG LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA LKIM



maklumat jawatan:

PEMBANTU TADBIR PERKERANIAN & OPERASI N19
PEMANDU KENDERAAN N11
PEMBANTU OPERASI N11
PEGAWAI HAL EHWAL EKONOMI E41
JURUTEKNIK KOMPUTER FT19
PEMBANTU AKAUNTAN W19
PEMBANTU EHWAL EKONOMI E19
PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19
JURUAUDIT W41
PEGAEAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F42


Taraf jawatan TETAP


untuk mohon boleh ke web lkim
http://epengambilan2.lkim.gov.my

TARIKH TUTUP 23 MAC 2020

*SELAMAT BERJAYA*

Friday, February 28, 2020

TAWARAN KEPADA CALON SIMPANAN KE JAWATAN TETAP ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP) TAHUN 202

TAWARAN KEPADA CALON SIMPANAN KE JAWATAN TETAP ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP) TAHUN 2020 (Calon-calon yang berstatus calon simpanan bagi keputusan temu duga yang dilaksanakan pada bulan Mac-Mei 2019)



Perubahan status calon simpanan ke jawatan tetap Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Tahun 2020 kepada calon-calon yang berstatus calon simpanan bagi keputusan temu duga yang dilaksanakan pada bulan Mac-Mei 2019 boleh disemak di https://semakan.spp.gov.my/semakan/keputusan_temuduga_view.php

Calon-calon yang berjaya hendaklah mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) sebelum 10 April 2020. Perlu diambil perhatian bahawa keputusan temu duga serta pautan untuk mencetak Surat Tawaran Lantikan dan PSTT hanya dipaparkan sehingga tarikh berkenaan sahaja. Kegagalan mencetak surat tawaran sebelum tarikh yang dinyatakan akan menyebabkan tuan/puan tidak mempunyai salinan surat tawaran dan menyukarkan proses melapor diri.

Surat Arahan melapor diri akan dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada calon-calon yang berjaya dalam masa terdekat.

Friday, February 21, 2020

Permohonan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah DPLI & Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam (ISMPPI) UniSZA di Buka

Permohonan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah DPLI & Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam (ISMPPI) UniSZA di Buka

HEBAHAN PENAWARAN PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN (LEPASAN IJAZAH) (DPLI) DAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN ISLAM) (ISMPPI) KEMASUKAN SEPTEMBER 2020 DI UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA).


Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan menawarkan Kemasukan Pelajar Baharu Program DPLI dan Program ISMPPI bagi Sesi Akademik 2020/2021 pada bulan September 2020.
Kami membuka pelawaan ini kepada semua yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai program DPLI dan ISMPPI di UniSZA bermula 9 Feb 2020 Sehingga 6 April 2020.
  • Untuk pengetahuan pemohon, Penawaran program DPLI akan dijalankan di (2) dua tempat iaitu:
I) UniSZA Kampus Gong Badak
II) UniSZA @ Putrajaya/ Pusat Pendidikan Berterusan UM
  • Penawaran program ISMPPI – dijalankan di UniSZA @ Putrajaya/ Pusat Pendidikan Berterusan UM sahaja.
  • Penawaran Program Pendidikan DPLI dan ISMPPI ini adalah berbentuk Open Market (Pasaran Terbuka) dan tiada jaminan penempatan di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), selepas menamatkan pengajian.
  • Opsyen/ elektif yang ditawarkan bagi program DPLI hanya empat (4) sahaja:i) Pendidikan Islam
    ii) Bahasa Arab
    iii) Matematik
    iv) Teknologi Maklumat
  • Saringan permohonan program akan dibuat merujuk kepada ijazah pemohon serta melihat kepada opsyen yang ditawarkan di UniSZA.
  • Tempoh program DPLI adalah SETAHUN. Jadual bagi program ini agak padat dan juga mempunyai program wajib diikuti diantaranya Program Bina Insan Guru (melibatkan aktiviti lasak) dan partikum (Latihan Mengajar). Bagi memastikan program ini tamat dalam tempoh sepertimana yang dinyatakan, pelajar tidak boleh mengandung sepanjang pengajian. Sekiranya didapati mengandung tawaran ini akan terbatal secara automatik.
  • Tempoh program ISMPPI adalah 4 tahun (8 semester biasa, 2 semester pendek).

MAKLUMAT PENTING!

Sebelum mengisi permohonan, pemohon dikehendaki menyediakan semua dokumen dibawah untuk upload dalam sistem permohonan (DALAM JPEG):
  • i) Gambar saiz passport
  • ii) Salinan Kad Pengenalan yang disahkan
  • iii) Salinan Sijil Akademik (SPM, STAM, STPM)
  • iv) Salinan Ijazah/Diploma yang disahkan
  • v) Salinan Transkrip yang disahkan
  • vi) Salinan Sijil MUET yang disahkan (bagi permohonan program ISMPPI)
  • vii) Surat Pengesahan Majikan (bagi yang sedang dalam perkhidmatan)
Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi 09-6688811

INFO LANJUT PERMOHONAN DPLI ISMPPI UNISZA

Sila rujuk pautan di bawah untuk maklumat lanjut Permohonan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah DPLI & Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam (ISMPPI) UniSZA.
  1. Untuk Permohonan, klik di sini.
  2. Syarat kemasukan program klik disini.
  3. Nota Hebahan klik disini.