TAWARAN KEPADA CALON SIMPANAN KE JAWATAN TETAP ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP) TAHUN 2020 (Calon-calon yang berstatus calon simpanan bagi keputusan temu duga yang dilaksanakan pada bulan Mac-Mei 2019)
Perubahan status calon simpanan ke jawatan tetap Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Tahun 2020 kepada calon-calon yang berstatus calon simpanan bagi keputusan temu duga yang dilaksanakan pada bulan Mac-Mei 2019 boleh disemak di https://semakan.spp.gov.my/semakan/keputusan_temuduga_view.php
Calon-calon yang berjaya hendaklah mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) sebelum 10 April 2020. Perlu diambil perhatian bahawa keputusan temu duga serta pautan untuk mencetak Surat Tawaran Lantikan dan PSTT hanya dipaparkan sehingga tarikh berkenaan sahaja. Kegagalan mencetak surat tawaran sebelum tarikh yang dinyatakan akan menyebabkan tuan/puan tidak mempunyai salinan surat tawaran dan menyukarkan proses melapor diri.
Surat Arahan melapor diri akan dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada calon-calon yang berjaya dalam masa terdekat.
Maklumat mengenai negeri terengganu, pekerjaan, rakyat, lokasi perlancongan, makanan, pantai dan pelbagai..
Friday, February 28, 2020
Friday, February 21, 2020
Permohonan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah DPLI & Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam (ISMPPI) UniSZA di Buka
Permohonan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah DPLI & Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam (ISMPPI) UniSZA di Buka
HEBAHAN PENAWARAN PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN (LEPASAN IJAZAH) (DPLI) DAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN ISLAM) (ISMPPI) KEMASUKAN SEPTEMBER 2020 DI UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA).
Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan menawarkan Kemasukan Pelajar Baharu Program DPLI dan Program ISMPPI bagi Sesi Akademik 2020/2021 pada bulan September 2020.
Kami membuka pelawaan ini kepada semua yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai program DPLI dan ISMPPI di UniSZA bermula 9 Feb 2020 Sehingga 6 April 2020.
- Untuk pengetahuan pemohon, Penawaran program DPLI akan dijalankan di (2) dua tempat iaitu:
I) UniSZA Kampus Gong Badak
II) UniSZA @ Putrajaya/ Pusat Pendidikan Berterusan UM
II) UniSZA @ Putrajaya/ Pusat Pendidikan Berterusan UM
- Penawaran program ISMPPI – dijalankan di UniSZA @ Putrajaya/ Pusat Pendidikan Berterusan UM sahaja.
- Penawaran Program Pendidikan DPLI dan ISMPPI ini adalah berbentuk Open Market (Pasaran Terbuka) dan tiada jaminan penempatan di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), selepas menamatkan pengajian.
- Opsyen/ elektif yang ditawarkan bagi program DPLI hanya empat (4) sahaja:i) Pendidikan Islam
ii) Bahasa Arab
iii) Matematik
iv) Teknologi Maklumat - Saringan permohonan program akan dibuat merujuk kepada ijazah pemohon serta melihat kepada opsyen yang ditawarkan di UniSZA.
- Tempoh program DPLI adalah SETAHUN. Jadual bagi program ini agak padat dan juga mempunyai program wajib diikuti diantaranya Program Bina Insan Guru (melibatkan aktiviti lasak) dan partikum (Latihan Mengajar). Bagi memastikan program ini tamat dalam tempoh sepertimana yang dinyatakan, pelajar tidak boleh mengandung sepanjang pengajian. Sekiranya didapati mengandung tawaran ini akan terbatal secara automatik.
- Tempoh program ISMPPI adalah 4 tahun (8 semester biasa, 2 semester pendek).
MAKLUMAT PENTING!
Sebelum mengisi permohonan, pemohon dikehendaki menyediakan semua dokumen dibawah untuk upload dalam sistem permohonan (DALAM JPEG):
- i) Gambar saiz passport
- ii) Salinan Kad Pengenalan yang disahkan
- iii) Salinan Sijil Akademik (SPM, STAM, STPM)
- iv) Salinan Ijazah/Diploma yang disahkan
- v) Salinan Transkrip yang disahkan
- vi) Salinan Sijil MUET yang disahkan (bagi permohonan program ISMPPI)
- vii) Surat Pengesahan Majikan (bagi yang sedang dalam perkhidmatan)
Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi 09-6688811
INFO LANJUT PERMOHONAN DPLI ISMPPI UNISZA
Sila rujuk pautan di bawah untuk maklumat lanjut Permohonan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah DPLI & Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam (ISMPPI) UniSZA.
- Untuk Permohonan, klik di sini.
- Syarat kemasukan program klik disini.
- Nota Hebahan klik disini.
Wednesday, February 19, 2020
LESEN MOTOR PERCUMA
Permohonan lesen motosikal PERCUMA dibuka esok
Permohonan lesen motosikal percuma untuk tahun 2020 dibuka semula Februari Ini menerusi Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) 2020. Pendaftaran boleh dilakukan mulai 20 Februari 2020; esok sehingga 5 Mac 2020.
Perlaksanaan program akan dilakukan dari April hingga Disember 2020.
Pendaftaran boleh dibuat secara ONLINE di http://idana.terengganu.gov.my atau secara manual dengan berurusan di mana-mana pejabat khidmat DUN.
Share if you care!
Sumber : Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Terengganu
rujukan : https://www.facebook.com/323109201114950/posts/2829397387152773/
Permohonan lesen motosikal percuma untuk tahun 2020 dibuka semula Februari Ini menerusi Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) 2020. Pendaftaran boleh dilakukan mulai 20 Februari 2020; esok sehingga 5 Mac 2020.
Perlaksanaan program akan dilakukan dari April hingga Disember 2020.
Pendaftaran boleh dibuat secara ONLINE di http://idana.terengganu.gov.my atau secara manual dengan berurusan di mana-mana pejabat khidmat DUN.
Share if you care!
Sumber : Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Terengganu
rujukan : https://www.facebook.com/323109201114950/posts/2829397387152773/
Saturday, February 1, 2020
Kemaskini & permohonan baru BSH 2020 dibuka!
Kemaskini & permohonan baru BSH 2020 dibuka!
Tarikh Permohonan & Kemaskini BSH 2020 Adalah Pada 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020
Sila rujuk panduan permohonan baharu secara online dan download borang permohonan manual di bawah.
.
Info penuh di 👉https://bsh.hasil.gov.my/
Tarikh Permohonan & Kemaskini BSH 2020 Adalah Pada 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020
Sila rujuk panduan permohonan baharu secara online dan download borang permohonan manual di bawah.
.
Info penuh di 👉https://bsh.hasil.gov.my/
MAKLUMAN TERKINI
Permohonan BSH 2020
- Pendaftaran MyBSH (bagi pemohon yang telah mempunyai rekod BSH) telah boleh dibuat pada Menu MyBSH mulai 22 Januari 2020. Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk Panduan Pengguna Daftar MyBSH 2020 atau FAQ Pendaftaran MyBSH 2020.
- Tempoh Pemohonan dan Pengemaskinian Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dibuka mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020.
- Pemohon tidak perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:
- Permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat; dan
- Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti berikut:
- Elaun Pekerja Cacat
- Bantuan Penjagaan OKU
- Bantuan OKU tidak berupaya bekerja
- Bantuan Orang Tua
- Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:
- Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH termasuk Kategori Baharu; atau
- Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; atau
- Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020
- Maklumat BSH 2020 yang akan menyusul untuk paparan dan sebagai informasi kepada umum adalah seperti berikut:
- Permohonan melalui dalam talian
- Panduan Pengguna bagi permohonan dalam talian
- Borang Permohonan BSH 2020 Yang Boleh Dimuat turun
- Panduan Pengguna Pengisian Borang
- Soalan Lazim (FAQ)
- Elaun Pekerja Cacat
- Bantuan Penjagaan OKU
- Bantuan OKU tidak berupaya bekerja
- Bantuan Orang Tua
Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020
- Pemohon BSH yang layak menerima bayaran Fasa Pertama adalah Pemohon berstatus Lulus BSH 2019 (Kategori Isi Rumah) yang melepasi beberapa proses tapisan daripada Agensi Kerajaan antaranya Status Pemilikan Kenderaan yang realistik bagi golongan berpendapatan rendah (B40).
- Tarikh dan kaedah pembayaran
- Tarikh bayaran Fasa Pertama BSH 2020 mulai 20 Januari 2020
- Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 adalah secara
- Pengkreditan terus ke akaun; atau
- Tunai di kaunter BSN (termasuk kategori pedalaman Sabah Sarawak) – mulai 1 Februari 2020
- Pengkreditan terus ke akaun; atau
- Tunai di kaunter BSN (termasuk kategori pedalaman Sabah Sarawak) – mulai 1 Februari 2020