Wednesday, October 30, 2019

Kerajaan Terengganu Tarik Balik Surat Penamatan EIO, TSO?

Kerajaan Terengganu Tarik Balik Surat Penamatan EIO, TSO?


Kerajaan Terengganu akan menarik balik surat penamatan kontrak kepada 51 Pegawai Teknologi Maklumat (EIO) dan Juruteknik Komputer (TSO) yang sepatutnya berkuatkuasa 31 Disember ini, kata sumber.

Menurutnya, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, YB Ariffin Deraman memberitahu dalam aplikasi WhatsApp, perkara itu diputuskan setelah perbincangan lanjut dibuat bersama Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Namun, perkara berkenaan tidak boleh disahkan sehingga YB Ariffin atau pihak Top IT Industries Sdn Bhd mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut.

EIO dan TSO berkenaan kini bertugas di Pusat Pintar dan jabatan-jabatan kerajaan negeri di seluruh Terengganu.

*sumber : https://www.terengganu.today/2019/10/kerajaan-terengganu-tarik-balik-surat.html?m=1

Temuduga Terbuka di ILPKT untuk kekosongan Jawatan Juruteknik Elektrik

Temuduga Terbuka di ILPKT untuk kekosongan Jawatan Juruteknik Elektrik


di Syarikat ZSR VORTICES SDN BHD DAN AKRAM CONSTRUCTION SDN BHD....

kEDUA2 SYARIKAT BERPANGKALAN DI TERENGGANU...

Kelayakan :
1. Lepasan A0, PW4 atau PW2
2. Sihat tubuh badan

Benefits:
1. Gaji RM1300++
2. EPF & Socso
3. OT
4. Kemudahan penginapan disediakan

Pakat mari Blake deh...


rujukan : https://www.facebook.com/276961825662296/posts/3405178079507306/?substory_index=0

PROMOSI BELI 1 PERCUMA 1 OLEH SUBWAY - 31 OKTOBER 2019 SAHAJA

PROMOSI BELI 1 PERCUMA 1 OLEH SUBWAY - 31 OKTOBER 2019 SAHAJA


Cepat ke restoran Subway hari ini untuk membeli kombo sub 6 inci dan minuman 22oz.



Kami akan memberi anda mana-mana sub 6 inci pilihan anda secara PERCUMA.

Rugi tak pergi! Tertakluk pada terma dan syarat.

*antara komen dan testimoni pembeli...






*p/s : PASTIKAN BACA DULU TERMA & SYARAT !!!


rujukan : FB Subway Malaysia

Jawatan Kosong Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Jawatan Kosong Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

1. ARKITEK GRED J41
2. JURUTERA AWAM GRED J41
3. PEGAWAI KEWANGAN GRED W41
4. PEGAWAI LAUT GRED AL41
5. PEGAWAI PENYELIDIK GRED  Q41
6. PEGAWAI PSIKOLOGI GRED  S41
7. PEGAWAI TADBIR GRED  N41
8. PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41
9. PEREKA GRED  B29
10. PUSTAKAWAN GRED S41
11. JURUFOTOGRAFI GRED B19
12. PEGAWAI KEBUDAYAAN GRED  B19
13. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (BILAL) GRED S19
14. PEMBANTU LAUT GRED  A19
15. PEMBANTU MAKMALGRED  C19
16. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN GRED  U19
17. PENOLONG JURUTERA (MEKANIKAL/ELEKTRIK) GRED JA29
18. PENOLONG PEGAWAI LAUT GRED A29
19. PEREKA GRED B21

Lokasi: Negeri Terengganu
Tarikh tutup: 06 November 2019 (Rabu)

Maklumat lanjut syarat dan pmohonan online https://myjob.umt.edu.my/


#jawatankosongterkini, #kerjakosong, #career, #vacancy, #Terengganu, #UMT

Fiesta Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia 2019

Wow, merioh molek poster Fiesta Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia 2019 ni!


Boleh bowok anok-anok main air Supa Dupa sini seharian. Beyblade ade gok tu start kul 10 pagi. Nok daftar beyblade boleh join grup wasap ni https://chat.whatsapp.com/K4d0ckbPyRbEqiXEh7GxYx

Ada program bicara usahawan untuk sape-sape hok nege dan hok baru nok mula nege. Nok ngejah pinjaman nege pun buleh. Gerai-gerai jualan pun banyok.



Pahtu ade pulok Cabutan Bertuoh Mega hadioh stambung. Siap ada hadioh TV, peti sejuk, dan mesin basuh! Takmbuh ke?

Merioh trek ning! Hari Sabtu 2hb ni deh. Kat Dewan Serbaguna Tok Jembal. Min nok gi gok main Supa Dupa ni. Haha. Jupe sana ah.

rujukan : https://www.facebook.com/2135142536523460/posts/2478942642143446/

TUTORIAL CARA BUAT BORANG GOOGLE FORM & QR CODE DENGAN MUDAH

TUTORIAL CARA BUAT BORANG GOOGLE FORM & QR CODE


*APA ITU GOOGLE FORM ?
- Google Forms membantu kita buat borang pendaftaran acara, membuat polling quick count pendapat dengan cepat dan mudah.

*APA ITU QR CODE / KOD QR ?
- QR (Quick Response code)
- merupakan generasi kedua kod bar dimana Kod QR berkebolehan menyimpan lebih banyak data dan maklumat berbanding kod bar biasa menerusi garisan mendatar dan menegaknya.
- Kod ini paling banyak digunakan untuk tujuan pengiklanan, di mana pengimbasannya yang segera boleh membawa pengguna kepada laman sesebuah jenama dalam masa siaran iklan yang singkat tanpa perlunya memaparkan URL yang biasa untuk tujuan yang sama.
- Kod QR yang menyimpan alamat dan URL juga boleh tertera pada bahan cetak seperti majalah dan kad, papan tanda atau kenderaan yang boleh dikesan dan diimbas pengguna menggunakan aplikasi yang bersesuaian dalam telefon bimbit berkamera mereka yang disambung pada suatu rangkaian mudah alih.Ia boleh digunakan untuk menyimpan maklumat akaun bank atau kad kredit; mahupun sebagai komponen utama dalam aplikasi pembayaran dalam talian (antara contoh yang terbaik ialah WeChat Pay dan PayTM.)
- Ada juga permainan video tertentu turut menerapkan teknologi ini sebagai sebahagian daripada unsur mekanisme bermain atau cerita dalam permainan tersebut.


*CONTOH CARA BUAT QR CODE UNTUK MENGISI BORANG JAWAPAN KEHADIRAN KE MAJLIS 

PERSARAAN GURU SEKOLAH

>BAHAGIAN 1 - Sediakan borang ( Google Forms) untuk diisi

Step 1 : anda wajib memiliki akaun google. pegi ke google drive ( https://drive.google.com/ ) dan log masuk


Step 2 : klik butang NEW > MORE > GOOGLE FORMS > BLANK FORM


Step 3 : Anda akan di bawa ke Google Forms. Rename "Untitled Form' dengan tajuk program. Taipkan 'Form Description' dengan maklumat masa/tempat/tarikh.


Step 4 : Klik pada 'Untitled Question' untuk membina borang mengikut maklumat yg dikehendaki. Klik butang [+] utk menambah soalan. Buat pilihan bentuk jawapan yg akan diterima (short answer @ paragraph/jawapan panjang),checkboxes utk pilihan dan lain2)

*Butang 'require' adalah arahan mewajibkan pengguna mengiisi soalan itu, selagi ia tidak diisi borang tidak dapat dihantar.



Step 5 : Klik butang SEND. klik LINK pada send via dan copy link tersebut.



>BAHAGIAN 2 - Menyediakan QR Code

Step 1 : Anda boleh ke mana2 laman web yg menyediakan perkhidmatan membina QR CODE. Anda boleh cari di google dengan taip 'QR CODE GENERATOR'

Contoh:
https://www.the-qrcode-generator.com/   <--kod QR blank/biasa
https://www.qrcode-monkey.com/  <--kod QR dengan logo

Step 2 : Copy dan paste link borang anda tadi di web QR CODE GENERATOR dan generate kod anda. kod anda siap utk digunakan. anda boleh download dan simpan kod tersebut dalam bentuk image.SIAP !!!


<BAHAGIAN 3 - Mengurus Data

Step 1 : Berbalik pd borang/form yg dibina, klik pada RESPONSES utk melihat respon/data yg terkumpul. Pada menu RESPONSES akan ada jumlah bilangan data yg telah direkodkan/diterima.


Step 2 : Anda boleh melihat rekod data dengan lihat summary responses secara direct atau dengan sheet.

Step 3 (Pilihan Anda Sendiri) : Daripada data yg diterima, dari sheet boleh buat bentu carta bar @ pie atau pelbagai bentuk gambaran analisis. *Yang ni kena explore sendiri la..


CONTOH QR CODE YANG TELAH SIAP, ANDA BOLEH CUBA SCAN :
*Borang 

Info Terengganu Darul Iman


Sekian perkongsian dari saya, selama mencuba ;P



*RUJUKAN : https://www.raihanjalaludin.com/2019/06/tutorial-google-forms-qr-

code-untuk.html

Thursday, October 24, 2019

Top IT Buang 51 Pegawai EIO, TSO

Syarikat milik kerajaan negeri, Top IT Industries Sdn Bhd akan menamatkan kontrak 51 Pegawai Teknologi Maklumat (EIO) dan Juruteknik Komputer (TSO) berkuatkuasa 31 Disember ini.

EIO dan TSO berkenaan kini bertugas di Pusat Pintar dan jabatan-jabatan kerajaan negeri di seluruh Terengganu.

Tidak bersetuju dengan keputusan itu, kumpulan berkenaan telah mengemukakan memorandum kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, YB Ariffin Deraman dan Pengerusi Top IT Industries Sdn Bhd, Zakaria Dagang, hari ini.

"Kami ingin mempertahankan jawatan kami kerana sebilangan besar telah berkhidmat antara 10 hingga 15 tahun," katanya.

sumber dari : https://www.terengganu.today/2019/10/top-it-buang-51-pegawai-eio-tso.html?m=1

Monday, October 21, 2019

BAJET 2020 - PERKIRAAN TEBUS AWAL 75 HARI GANTIAN CUTI REHAT (GCR) 15 TAHUN PERKHIDMATAN

Dalam Bajet 2020 penjawat awam dibenarkan tebus awal Gantian Cuti Rehat (GCR) sebanyak 75 hari kalau dah berkhidmat minimum 15 tahun.


Ni ganjaran kalau tak pakai cuti rehat untuk penjawat awam. Sebelum ni boleh dapat kalau dah pencen je. Maksimum 150 hari.



Berapa boleh dapat kalau kita tebus sekarang? Contoh kalau nak tebus 75 hari ikut gaji semasa.
Gaji semasa : 5000
Elaun tetap : 500

Formula dia :
1/30 x 75 x 5500 = RM13,750

Berbaloi ke tak? Ada baki lagi 75 hari kan. Ambil contoh.

Gaji akhir : 6500
Elaun tetap : 500
Ganjaran : 1/30 x 75 x 7000 = RM17,450

Jumlah ganjaran 150 hari : RM13750 (tebus awal) + RM17450 (tebus pencen) = RM31,200

Cuba kita bandingkan kalau tak keluarkan sekarang. Tebus cuti 150 hari masa pencen.



Gaji akhir : 6500
Elaun tetap : 500
Ganjaran : 1/30 x 150 x 7000 = RM35,000

Kita dah boleh agak berapa anggaran kita boleh dapat kalau maksimum ganjaran cuti kita. Ni hanya perbandingan secara kasar.

Ada yang kata baik pakai sekarang nanti takut tak panjang umur nak pakai. Ada yang kata simpan dulu.

Ada yang cakap keluarkan sekarang lepas tu laburkan, boleh dapat lebih. Cuba kira kalau labur 10 tahun dan dapat return 7%.

RM13,750 -------> RM27,048

Jadi semuanya bergantung pada pilihan masing-masing. Lagipun surat edaran tak keluar lagi. Kita hanya buat perancangan.



Tak salah bermimpi di siang hari kan. Kah!

*Segala pengiraan dan perbandingan hanya pendapat peribadi penulis dan tiada kena mengena atau mewakili mana-mana individu atau pihak.

#cikguscooter

*perkongsian oleh : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2908771415816931&id=100000523031405

Wednesday, October 16, 2019

PERINGATAN BAGI STAFF GOMENT ESOK GAJI 17.10.2019

Kawan-kawan yang kerja government sekalian, peringatan bulan ni gaji masuk 17/10, bestkan gaji masuk awal.



Tapi next gaji masuk 25/11, so ada gap 39 hari sebelum gaji.

Tambah lagi 22/11 cuti sekolah dah start.

*GAJI AWAL BULAN OKTOBER SEBAB 27&28 RAYA DEVALI



Maka buatlah bajet anda dengan cermat.

Tuesday, October 15, 2019

Hebahan Panggilan Temu Duga Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH29 dan Gred DH41 Tahun 2019

Hebahan Panggilan Temu Duga Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH29 dan Gred DH41 Tahun 2019


Hebahan Panggilan Temuduga Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH29 dan Gred DH41 Tahun 2019. Calon-calon boleh menyemak panggilan temuduga DI SINI.
Bagi calon PPPT Gred DH29 bidang KECANTIKAN  dan DANDANAN RAMBUT SAHAJA, sila klik MAKLUMAT TAMBAHAN DH29.
Calon adalah diingatkan untuk mengisi/ memenuhkan BORANG MAKLUMAT DIRI dan membawa dokumen berkaitan seperti dalam SENARAI SEMAK

SEMAK KELAYAKAN SUBSIDI MINYAK PETROL

SEMAK KELAYAKAN SUBSIDI MINYAK




MENGENAI PSP

Program Subsidi Petrol (PSP) adalah inisiatif Kerajaan untuk meringankan beban isirumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol. Ia adalah satu bentuk bantuan kewangan untuk membantu rakyat membiayai sebahagian kos penggunaan petrolnya.

Prinsip bantuan yang hendak disampaikan oleh Kerajaan ialah melalui pengagihan semula subsidi yang saksama (equitable redistribution) dan dasar berpandukan data (data driven policy). Subsidi petrol sedia ada secara pukal yang dinikmati oleh semua orang tanpa mengira kerakyatan dan pendapatan akan diubah kepada golongan sasar yang layak, iaitu warganegara Malaysia yang sangat memerlukan bantuan tersebut.

http://psp.kpdnhep.gov.my/kpdnheppsp


Buleh dh nk check subsidi minyok layok ke dop. Sape hok
layok buleh subsidi RM12 @ RM30 sebulan ase. Piye x layok, kite geng 🤣🤣🤣

http://psp.kpdnhep.gov.my/kpdnheppsp